Beberapa hari yang lepas, sekembali dari dapur sy membaca skrin hp tertera 5 missed call dan 2 massages. Mmm, open missed call no yang tidak tersenarai. Buka inbox, betapa terkejutnya sy bila membaca ayat2 seperti ini :
‘Mana adik sy *Roslin (bukan nama sebenar)?! Awak nak mampus ke tak angkat fon?!’
‘Baik awak pulangkan adik sy!’
Berderau darah sy! Siapa yang berani betul hantar mesej begini? Belum pun sempat sy menaip balas, calling. Sy sambut ;
“Oi! Mana adik sy c Roslin?!!,” suara lelaki.
“Siapa c Roslin? Kau salah no ni..” (Berusaha untuk bertenang kerana sy pasti dia salah no.)
“Aaah! Mana ada salah. Ini no yang adik sy hantar mesej pergi hp kakak sy!”
“Tidak ada nama Roslin yang sy kenal. Tolong cek balik no itu. Memang sy pasti kamu salah dail.”
“Haiya! Yalah2!” dan sy trus off.
Tidak berapa lama kemudian, text masuk.
‘Maafkan sy maki hamun awak tadi. Sy salah tekan 2 no yang terbalik. Memang beginilah kalau sudah kelam-kabut’, sy senyum.
‘Iya, tidak apa. Sy faham. Sy harap c Roslin akan pulang.’
‘Dia baru sampai. Sekali lagi sy minta maaf.’ Sy tidak membalas lagi. Cukuplah.
10 minit kemudian, text masuk.
‘Awak baik betul. Awak tidak marah sy balik walaupun sy maki hamun awak.’
Aik? Kenapa pula dia mesej memuji lagi? Sy berkeras membiarkan. Tidak lama, hp beep lagi.
‘Kalau sy tanya mesti awak tak mahu jawab kan?’ Sy hanya mereplied dalam hati, ‘Iya..’
Setengah jam kemudian hp beep lagi. Dalam hati, ‘Adoi ni orang a.. Takkan mau ucap selamat malam pula?’
‘Baru kali ini sy jumpa orang yang tidak marah bila sy maki hamun lagi2 sy salah no. Sy mahu kenal awak. Sy rasa sangat bersalah. Sy tidak dapat tidur.’
Sy tetap tidak membalas text itu. Kejamkah sy? Mungkin iya tapi sy ada sebab mengapa. Sy sendiri tidak mengerti sejujurnya mengapa sy tidak membalas maki hamun dia dengan maki hamun dari sy juga. Kesabaran sy semakin di tahap yang baik. Imani, Puji Tuhan. Kata orang, kerana lidah kita hidup kerana lidah juga kita mati. Dan sy kira sy sudah sedikit sebanyak ‘menghidupkan’ lelaki itu dari sikapnya yang jahat. Happy to help.. =) God bless him..



