Pagi beberapa minggu yang lalu, aku mengirimkan text kepada seseorang. Sebab utama mengapa aku berbuat seperti itu ialah kerana aku ingat akan pesan bapa bahawa untuk benar-benar komitmen dalam sesebuah hubungan, aku harus memaafkan dan merelakan apa yang telah berlaku dalam hubungan yang lepas dihidupku. Dan aku sedar kalau dalam hatiku, aku masih menyimpan sedikit rasa marah, kecewa dan terkilanku pada hubungan-hubungan yang lalu. Aku juga sedar benar kalau apa yang terjadi dalam hubungan-hubungan yang lalu itu mengikat banyak hal sekarang sehingga aku sukar untuk berkomitmen. Kata Tuhan, “Orang yang menduakan hatinya tidak akan pernah tenang,” (Yokubus 1:8) dan sememangnya itu amat tepat sekali kerana aku menduakan hatiku dengan keraguan! Oh Tuhan, aku sangat bersalah kepada dia, lelaki yang kini aku tempatkan dihatiku dan juga bersalah terhadap Engkau, Bapa kerana tidak mengimani apa yang kau izinkan terjadi dalam hidupku.
Berbalik kepada sms tadi.
Aku menyatakan doaku terhadap kebahagiaan yang dia bina sekarang dan mohon maaf terhadap semua yang aku lakukan sepanjang kami bersama yang tidak memberkati dia. Jujur, aku begitu ikhlas saat menyatakan semua itu melalui sms.
Namun, aku tidak menyangka bahawa dia menganggap semua itu sebagai 1 sindiran kerana dia tidak merasa bahagia kini. Aku sangat terkejut. Aku berusaha sehabis mungkin untuk membuatkan dia memahami yang aku amat bermaksud untuk mendoakan dia. Tapi, dia masih sinis. Akhirnya, sms itu berakhir dengan pertengakaran. Aku tidak mengerti mengapa itu yang terjadi. Aku sudah merendahkan diriku ditahap yang aku mampu sebagai manusia tapi manusia tetap manusia. Penuh dengan kelemahan dan keterbatasan. Biarlah, aku sudah melakukan apa yang perlu sebagai manusia dan tidak dituntut lagi.
Sekarang, aku fokus kepada Tuhan. Biarlah Tuhan yang mengambil alih segala kelukaan yang aku rasakan sebelumnya. Aku sering mendengar istilah, “Time will healing the pain” tapi bagiku, kasih Tuhan lebih berkuasa. Aku berdoa ya Tuhan, kiranya hubungan yang aku ada saat ini adalah yang terakhir aku miliki sehingga nafasku ini Kau ambil dari tubuhku. Aku sangat mengasihi dia.. Namun aku percaya rencanaMu maka jadilah kehendakMu dibumi seperti disyurga. Berikan aku kekuatan dan kebijaksanaan, kasih yang tidak pernah terbatas agar apapun yang terjadi di hadapanku, aku masih mampu melihat kehadiranMu dalam hidupku..
Hari ini, terasa lama sungguh aku tidak menyatakan kebaikan Tuhan dalam hidup sedangkan aku menikmatinya setiap saat dalam nafasku berhembus. (Diam.) Tiba-tiba terasa berat menekan dada ini. (Tuhan, rindunya..)
Sambil mendengar lagu, “Where are you, Christmas?” aku termenung sebentar. Apakah saat yang paling aku rindukan?
Aku rindukan pelayanan. Sebelum ini, khususnya tahun lalu aku sangat fokus namun tahun ini aku sendiri mengakui bahawa aku sungguh mengabaikan tanggungjawabku sebagai pekerja, sebagai hamba, sebagai anak-Nya, sebagai sahabat dan saudara dalam pelayanan! Ampuni aku ya Tuhan.. Sungguh, ampuni aku..
Terlalu banyak kepahitan yang aku lalui tahun ini lebih-lebih lagi aku kehilangan dan terlepas beberapa perkara yang aku sayang. Aku tidak menyalahkan Tuhan malah mengakui itu adalah berpunca dari kelemahanku sendiri sebagai manusia. Pernah sekali aku hanya mampu menangis tanpa berkata apa-apa untuk menyatakan perasaanku kepada seseorang. Benar, aku hanya mampu menangis. Saat itu aku merasakan Tuhan itu tidak ada kerana aku sendiri merasai tidak ada ketenangan dalam hati dan fikiranku.
Kasih Tuhan tidak pernah berkurangan! Ratapan 3 : 21-23 menyatakan, "Tetapi hal-hal inilah yang kuperhatikan, oleh sebab itu aku akan berharap : Tak berkesudahan kasih setia TUHAN, tak habis-habisnya rahmat-Nya, selalu baru tiap pagi; besar kesetiaan-Mu!" Amen untuk itu! Ketika aku kembali fokus kepada Tuhan, aku sedar bahawa Tuhan ada lewat peribadi itu. Peribadi itu meneguhkan aku saat aku perlu seseorang untuk mendengar. Bukan maksud Tuhan tidak mendengar tetapi Dia mengasihi aku sehingga memahami apa yang aku perlukan saat itu iaitu peribadi dalam bentuk manusiawi kerana saat itu tentu saja aku terlalu cengeng untuk menyedari Tuhan itu ada! Mengapa aku mengimani bahawa Tuhan mengirim peribadi ini untukku saat itu? Kerana, peribadi ini meneguhkan imanku terhadap Tuhan. Dia mengatakan bahawa Tuhan pasti tidak membiarkan aku melalui apa yang tidak mampu aku terima sebagai anak-Nya. Tuhan tidak akan membiarkan aku terus-terusan dalam sakit hati. Selepas mendengar kata-katanya, aku begitu tersentuh. Ya, Tuhan ada! Pasti saja Tuhan tidak membiarkan! Aku pasti Tuhan sayang aku. Selama ini, Tuhan begitu menajga bahkan menyediakan yang terbaik jadi Tuhan pasti tidak membiarkan aku melalui saat sukar sendirian!
Aku bangga punya Allah yang dahsyat.. ^_^ Terima kasih Tuhan..
Malam ini, sy chatting dengan seseorang. Dia, dia merupakan antara orang2 kesayangan sy. Beberapa jam selepas sy post sedikit tentang dia dalam blog, dia akan melangkah ke satu tahap hubungan yang baru, yang lebih kukuh dan berkomitmen. Betapa di hati sy turut merasakan kegembiraan yang dia rasakan namun di hatinya PASTI lebih lagi.
Sepanjang sy mengenali peribadi ini, satu hal yang sy pasti tentang dia ialah, dia sangat optimis! Aduh, sangat optimis! Sekalipun dia mengeluh, terluka atau marah, dia tetap berfikiran optimis. Berkongsi bilik setahun dengannya buat sy belajar kalau dalam hidup kita mesti ada komitmen untuk berusaha. Semasa ada assigment (Hahahahaha, sy mau ketawa dulu), dia sangat membebel kalau ada yang tidak kena apalagi bahan itu tidak wujud tapi percaya pada sy, dia tetap cari sampai dapat! Kalau kau (mata yang sedang membaca post ini) ialah apa yang dia sedang cari, tentu saja kau tidak dapat ke mana2 kerana dia akan cari sampai dapat.
Dalam hubungan dengan orang yang bakal dimiliki (sorry, even privacy but I have to type this, babe..) dia sungguh persistent. Sy percaya kalau salah satu sebab mengapa dia berjaya membawa hubungan ini ke tahap yang lebih kukuh adalah kerana dia persistent (nampak lemah seperti air tapi menghakis batu yang keras sehingga mengikut bentuk air itu mengalir). Dia dapat membuat hubungan mereka seperti yang dia inginkan akhirnya. “Babe, kau berhak disayangi kerana kegigihan kau menyayangi dia dan hubungan kamu.”
Saat ini, sedih juga terbit di hati sy kerana tidak berkesempatan melihat dia melangkah ke tahap yang baru itu. Dia, juga adalah kepentingan sy. Sukar untuk melukai dia kerana dia sangat mudah disayangi. Sungguh.. Terima kasih aaa sebab selalu ada untuk sy apalagi saat sy memerlukan driver untuk siapkan assigment luar (ketawa lagi). Terima kasih juga kerana berkongsi makanan, tisu, movie, cerita, buku2 dan menemani sy menonton movie. Terima kasih kerana kita jadi kawan..
Sekali lagi sy mahu kata yang, lelaki itu bukan saja bertuah kerana memiliki kau tapi dia sangat diberkati sehingga dia dimampukan untuk memiliki kau.. Wish u all the best and I love u so much..
Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran. (Amsal 17:17, Proverbs 17:17)
(Ketika mendengar lagu ini, rangkap pertama sahaja cukup menggamit rasa terharu di hati sy. Degupan jantung mula mengepam laju dan bergenang sehingga kabur pandangan. Menarik nafas..)
Kini 2 Januari 2011, lebih 24 jam yang lalu kita semua meninggalkan tahun 2010. Tentu sekali banyak kekecewaan, kelukaan, kegagalan, dukacita, ratapan, kehilangan, keputus-asaan, kesakitan, kesesakan, pergumulan dan persoalan yang kita lalui bahkan mungkin ada yang masih mengekori kita seperti bayang2 ke tahun yang baru ini. Kalau diungkapkan, tidak terkira semua yang sy lalui tapi lebih dari itu, sy juga menikmati kejayaan, kegembiraan, penghiburan, sukacita, damai sejahtera, kasih, pengharapan dan juga menyedari bahwa sy sangat berharga di mata Bapa. Semua ini cukup menutupi sisi negatif yang sy lalui dan inilah ucapan syukur sy. Terima kasih kasih dan puji Tuhan.
Sy cuba memfokuskan kepada lakaran indah Tuhan di Bab terakhir hidup sy pada tahun 2010 iaitu pada bulan Disember. Bulan ini juga, sy masih komited meskipun tidak konsisten sebagai pendoa syafaat. Pukul 6am atau 6pm adalah milik sy dan Bapa.
Sy mulakan dengan 1 hingga 3 Disember, sy menghabiskan masa di kampung atau lebih spesifik, di gereja. Hujung minggu ini merupakan Natal PW gereja kami dan menjadi tanggungjawab ahli PMM gereja untuk terlibat sama dalam gotong-royong, memasang dekorasi Natal, latihan protokol (bertugas sebagai MC malam perasmian Natal) dan juga memasak. Agak janggal kerana baru kali sy meninggalkan ‘rutin’ sebenar iaitu melayari internet (especially facebook) dan juga menggunakan handphone. Malam 4 Disember, sy melaksanakan tugas dari mula sehingga habis kebaktian. Puji Tuhan! Sesi kebaktian terakhir, pagi 5 Disember, tanpa sebarang persediaan awal, sy menjadi MC ‘terjun’ di saat2 terakhir. Juga puji Tuhan kerana semuanya berlangsung dengan sangat luar biasa. (Nanti sy kongsikan kesaksian oleh pengkhotbah undangan yang menjadi berkat sangat luar biasa). Berakhirnya kebaktian terakhir itu, Pengerusi Sidang (Ketua Kepimpinan Gereja dan PMM) datang berjumpa sy dan memaklumkan bahawa malam ini, kami akan mengikuti kebaktian di gereja SIB Magatang. Sy akan mengetuai PMM membuat latihan kesaksian lagu. Petang itu, latihan diadakan dan tiba di rumah (pekan Keningau), jam menunjukkan pukul 4.30pm. Letih? Teramat letih! Tidur sejam dan bersiap kerana perjalanan ke gereja SIB Magatang lebih kurang 30 minit dan kebaktian akan bermula pukul 7.30pm. Malam itu, kebaktian sangat luar biasa dengan kesaksian dari hamba Tuhan (Pta Brani Duyon) yang sudah pernah diangkat ke Rumah Bapa. Banyak peringatan yang Tuhan berikan kepada kita termasuklah tentang perbendaharaan. Lihat saja dalam 2 Korintus 9:6-11, Tuhan sangat menekankan tentang perbendaharaan.
Sebahagian Pemudi bergambar bersama Pst Justinah Balikus (Natal PW)
6 Disember, sy lebih banyak membuang masa dengan tidur dan melayari internet. 7 Disember, sy mula bekerja sebagai Ketua Publisiti dan juga AJK Pelaksana untuk upacara Perasmian Gereja dan Perayaan Natal sidang tahun 2010. Nampak sangat mudah tapi hakikatnya, tanggungjawab dalam pelayanan dalam Tuhan sangat beda dengan dunia kerana bukan kehendak kita yang diutamakan tapi DIA. 8 Disember, awal pagi lagi sy melayari internet untuk memeriksa sesuatu tapi belum ada. Sukarnya memujuk hati dikala itu dan sy menghabiskan masa di tingkat bawah rumah membuat kerja yang patut. Pukul 3pm, sy membuat capaian ke laman web KPM dan syukur puji Tuhan, sy lulus untuk temuduga! Kegembiraan ini sempat sy kongsi dengan beberapa teman khasnya dari UUM. Melihat tarikh temuduga, 14hb! Hah? Bagaimana boleh sedangkan banyak kerja perlu sy lakukan menjelang Big Event! ‘Fokus pada DIA, jangan pada diri sendiri’, itulah sikap optimis yang hadir saat itu. 9 Disember, sy mencari gambar2 lama untuk dibuat video sempena sejarah kedatangan SIB ke kampung, pembinaan gereja lama dan runtuhnya bangunan itu hinggalah pembinaan gereja baru. Mencari dan memilih sahaja sudah mengambil masa yang sangat panjang, belum dikira untuk menyusun, menscaning, membina ayat dan membuat video! Tidak selesai 9hb, sy menarik kerja ini ke 10 Disember. Study? Sy hanya study untuk sejam dua kemudian berhenti. Deria penglihatan dan fikiran sy sangat letih. 10 Disember, sy bermalam di kampung. Petang menjaga padi di sawah dari dimakan burung pipit sambil membaca nota dan menyertai gotong-royong membersihkan kawasan lapang di gereja untuk membina gelanggang futsal. Masa sungguh tidak bertoleransi dengan kondisi fizikal sy. Mengeluh? Belum lagi. Masih mampu tertawa. Malam itu, sy dan kazen menscan kesemua gambar dan mula mengasingkannya mengikut folder kemudian membuat senarai nama jemaat untuk dibahagikan mengikut kumpulan esok. Tamat sekitar pukul 3 am. Tidur..
11 Disember, awal pagi sy bangun, bersiap dan masak sarapan. Setelah itu, sy kembali menyiapkan kertas undi. Dari pagi hingga petang, sukaneka futsal dan bola tampar sempena Natal 2010 berlangsung namun, tidak tamat kerana masih banyak perlawanan yang akan disambung selesai kebaktian umum pagi Ahad esok. Tambahan lagi, malam itu sy menemani 2 orang kazens ke ER dan selesai rawatan kira2 pukul 11pm. Sampai ke rumah, mandi dan sebagainya dan tidur pada pukul 1 am. 12 Disember, awal pagi lagi sy mangadu bangun dari tidur kerana kesakitan otot! (Ketawa) Akibat tidak bersenam dan kejutan bersukan. Ketika kebaktian umum, ramai di kalangan kami saling mentertawakan kerana kesakitan otot dan sendi2 menyebabkan hampir kesemua kami mempunyai cara jalan yang sama bahkan ketika hendak duduk, perkataan yang sering diucapkan ialah, “Odoi dogo!”, “Oroi..”, “Atuk..Atuk.. Atuk..” dan macam2 lagilah sehingga pastor bergurau, “Kita akan berdoa memohon mukjizat kesembuhan gara2 dikungfu futsal dan melayang ketika bermain bola tampar.” Petang itu, baki perlawanan bola tampar dan sukaneka Sekolah Minggu diadakan. Sampai ke rumah sekitar pukul 8pm. Study? Belum lagi tapi sy sempat mengirim mesej dalam facebook untuk mendapatkan info dan meminta bantuan dan sokongan doa dari kawan2 khususnya di UUM (TQ BB Kong, Yuth dan Niz.. Upahmu besar di Sorga!). Tidak lupa juga mendoakan mereka agar tidak hilang fokus untuk study memandangkan exam ditangguhkan selama 2 minggu. (Kita 1 dalam Tuhan, Amen!) 13hb, pagi2 lagi sy turun ke pekan untuk menguruskan segala dokumen yang berkaitan! Terukkan? Tapi tidak mengapa, selagi ada kesempatan dan mengimani, Tuhan pasti buka jalan. Berjalan ke sana sini, kaki jadi sangat sakit akibat sukaneka dan ditambah dengan jalan sana sini hari ini. Lewat petang, mengirim sms kepada bapa supaya menyinggah kasut di rumah Jeivelia (Kazen, TQ so much a.. I love u. Emmanuel!). Malam, study, mengilatkan kasut (tidak kilat pun) dan cuba bertenang. Tidur agak lewat.
Cabut Undi
14 Disember, wah subuh2 mandi. Sejuk! Nyaman! Bersiap ke pusat temuduga. Beberapa wish dari kawan sangat memberkati (TQ Jacqualine Jagang, love u.). Puji Tuhan, semua berjalan dengan lancar kerana sepanjang menanti giliran, doa meninggikan Tuhan sentiasa dalam hati. Temuduga berakhir sehingga lewat petang dan pulang saja, Eveona (youngest sis) buat hal. Dia merajuk dan terkurung dalam bilik sudah sejam akibat tidak dibawa pulang ke kampung menyebabkan kakak sy panik. Tapi, kunci hilang menyebabkan tombol pintu dirosakkan oleh sy. Kerja yang sangat disukai! 15 Disember, sy bermalam di kampung sekali lagi dan waktu pagi hingga petang di sawah menjaga padi, malam itu selesai menyiapkan dekorasi terakhir dan latihan lagu untuk Pujian dan Penyembahan, tarian lilin dan sekali lagi bersengkang mata menyiapkan video (Supang tentu memahami betapa sukarnya membuat video menggunakan moviemaker, selalu ‘hang’!) dan hanya mampu menyiapkan 3 dari 5 video berdurasi 10 minit setiap 1! Pukul 4 am, tidur. 16 Disember, awal pagi lagi pulang ke rumah dan tengah hari kembali semula ke kampung untuk menyiapkan dekorasi terakhir. Ketika sibuk melekatkan dekorasi, tanpa sy sedar sy terpijak seekor lebah madu dan lebah itu menyengat sy di tapak kaki. Begitu sy hampir pitam kesakitan sehingga sakit perut! 17 Disember, berkemas segala keperluan untuk upacara Perasmian Gereja dan Perayaan Natal sidang 2010. Petang itu, latihan lagi untuk sesi P&W sy dan malamnya, latihan protokol serta perjalanan dari awal sehingga selesai upacara bersama Ahli Majlis Sidang sehingga pukul 10pm! Tekanan mulai terasa sehingga kali ini sy mengeluh keletihan dan berdepan dengan karenah orang2 (hakikatnya, itu normal tapi sy cukup keletihan sehingga memencilkan diri dan menangis, ampuni sy Tuhan). Saat itu, sy mengharapkan punya seorang kembar kerana rasanya tidak punya kekuatan lagi untuk menunaikan tugas sebagai MC, WL, AJK Pelaksana, Ketua Protokol, Dokumentasi, menyediakan teks, dan keluar masuk mimbar serta memantau setiap petugas supaya konsisten dengan MC dan masa. Tapi ketika saat menaip kembali (1 Januari 2011), sy sebenarnya mampu melakukan semua itu bukan kerana kebolehan diri tapi Roh Dia yang ada dalam sy ketika itu dan sy imani sekarang!
Me, my bro and Pst
Bergambar Kenangan Bersama Japraji Solingkin
18 Disember, awal pagi lagi pulang kampung untuk ke gereja. Sempat menyiapkan apa yang perlu untuk kali terakhir, Ibu2 sibuk di dapur, Bapa2 sibuk dalam gereja, muda-mudi sibuk di mana2 bertugas mengambil posisi masing2 dan hanya kanak2 yang berkeliaran ketawa. Ketibaan jemputan termasuk Pst Omrinus selaku perasmi dan Ahli MMU SIB Sabah sekitar pukul 9am. Pagi ini ialah Upacara Perasmian Bangunan Gereja dan sy (ft kazen, Insers) bertugas sebagai MC serta singers dan upacara berlangsung dengan sangat baik dan luar biasa atmosphere pagi tu. Petang, kerana terlalu letih dan kekenyangan langsung tidur kerana malam nanti Perayaan Natal sesi I dan bertugas sebagai MC. Sejam lena, terbangun kerana perut sakit seperti ada generator di dalam dan ditambah lagi dengan kekalutan terlupa membeli lilin untuk perarakan dan pembakaran pokok krismas sebagai simbolik Natal. Memecut motor bersama kazen ke kedai, membantu ibu2 memasak, memeriksa agenda kebaktian malam dan bersiap. Kebaktian Natal sesi I sangat luar biasa dan berakhir dengan ucapan syukur. 19 Disember, kebaktian Natal sesi II dan sekali lagi sy bertugas sebagai MC ‘terjun’. Yang lucunya, ramai PMM mengalami sakit perut dan cirit-birit termasuk sy mungkin kerana makanan yang bercampur diambil dalam kuanti yang banyak menyebabkan ada posisi pelayanan bertukar orang. Malamnya merupakan kebaktian Natal sesi III atau terakhir dan sy bertugas sebagai WL dan MC ‘terjun’ sekali lagi. Sebelum kebaktian, sememangnya doa syafaat bersama pihak kepimpinan gereja dan juga para petugas pelayanan mimbar diadakan namun kali ini, Pta Philip mengingatkan bahawa harus memberikan yang terbaik bukan sahaja kerana ada jemputan dari sidang lain tapi untuk kemuliaan Tuhan. Diingatkan juga supaya menetapkan kerendahan hati agar tidak sesekali mencuri kemuliaan Tuhan! Lewat malam selesai kebaktian, mempengerusikan mensyuarat singkat untuk projek Open House PMM pada 25 Disember.
Tarian Lilin
20 Disember, bangun lewat dan masih terasa letih. Sempat melayari facebook dan mengirim mesej, “Menikmati Natal 2010” dan di‘like’ oleh sis Biey Betlehemina (GBU sis). 21 Disember, turun ke pekan bersama kazen untuk membeli keperluan Open House PMM. Lucu! Memang perangai kebudak-budakan, kami menyorong troli dari supermarket melintas jalan raya sehingga ke parking! Ramai orang memandang tapi sikap selumber akibat terlalu nakal membuat kami tidak kisah, inipun gara2 mami yang tidak mau bersesak dengan kenderaan lain untuk mengambil kami. Petang itu, sy pulang ke kampung dan bermalam untuk membakar biskut. Siap 2 jenis. 22 Disember, paginya sempat menyiap 1 jenis biskut lagi dan petang itu pulang ke rumah. 23 Disember, pulang ke kampung kerana sambutan Hari Keluarga langsung bermalam. 24 Disember, awal pagi membakar biskut lagi. Tengah hari, sy mengikuti adik lelaki dan kazen serta seorang ahli baru PMM pergi ke sawah mendiang nenek sy untuk mencari daun pisang yang digunakan membuat lemang. Namun, kazen sy disengat lebah menyebabkan bibirnya bengkak. Mulanya seperti paruh ayam dan sy ketawa sehingga bertepuk tangan. Beberapa minit kemudian, bengkak itu menjdai semakin teruk sehingga sy tidak mampu tertawa lagi. Kasihan sudah. Malamnya, masih meneruskan kerja dan kali ini disertai oleh kebanyakan PMM. Para pemudi, membuat biskut, memasak, memotong sayur, menyediakan pinggan mangkuk dan menyapu gereja. Para pemuda pula memasak air dan membakar lemang. 25 Disember, awal pagi memasak untuk jamuan berat dan selesai kebaktian pada tengah hari, sesi menikmati hidangan! Dkn Anthony sempat menyisipkan pesan kepada sy untuk menmbentuk AJK Pelaksana Sambutan Tahun Baru 2011 dan mesyuarat singkat diadakan pada waktu itu juga. Petang itu, sy, adik lelaki dan kazens mandi sungai. Hari sudah malam dan motor adik tidak dapat dihidupkan gara2 kaburator motor dimasuki air lalu apa yang terjadi? Sememangnya, kazen-mazen punya sikap nakal yang sama! Mereka mengikat tangan seorang ahli PMM baru, Bobby dengan tali kerbau dan duduk atas motor. Kazen sy, Inses membonceng di belakang Bobby sambil mengawal handle motor. Hujung tali diikat pada bumper land crusier milik bapa sy dan adik sy memandu kereta perlahan2 sambil menarik tali yang diikat pada tangan Bobby, Bobby yang duduk atas motor dibonceng oleh Inses yang mengawal handle motor! Aduh, jadinya sangat luar binasa! Memang lucu! Dan sy, hanya sy seorang sahaja perempuan, mereka semua lelaki dan sy yang paling tua di antara semua yang ada waktu itu. Ketawa bergema sepanjang jalan sehingga sampai ke gereja. Malam itu, seingat sy, kami hanya menghabiskan masa menonton TV dan bercerita. 26 Disember, sy pulang ke pekan selesai kebaktian umum Ahad. 27 Disember juga diam di rumah sahaja dan membakar biskut. 28 Disember juga berlalu dengan keadaan yang sama. 29 Disember, awal pagi pulang kampung dan turun ke sawah untuk menuai padi bersama dengan PMM dan ibu2. Tuhan membekalkan cuaca yang baik ditambah dengan suasana usik-mengusik. 8pm, sy mempengerusikanmesyuarat pembentukan agenda dan ketua projek tahun 2011. Lewat malam, dihantar oleh kazen dan Pst Tim ke rumah. 30 Disember, sy pulang ke kampung pada petang itu untuk menyertai latihan P&W dan juga MC dan mengendali acara Malam Kemuncak Peralihan disamping menikmati hidangan BBQ oleh para pemuda. 31 Disember pagi, sy pulang ke pekan. Petang, pulang semula ke kampung dan gotong-royong memasak. Malam itu, sekali lagi kebaktian Sambutan Tahun Baru berlangsung dengan lancar dan hadirat Tuhan itu nyata! Betapa sy begitu bersyukur punya kesempatan melayani sehingga saat2 terakhir tahun 2010! Menikmati hidangan awal pagi, pukul 1.30am, meriam buluh bergema berhampiran kolam milik bapa sy. Sy dan kazen, Jackey berlari untuk menyertai dan di sana, adik lelaki sy, kazen dan seorang lagi pemudi sudah meledakkan beberapa das. Begitu berdentum dan bergema di sekitar perbukitan sehingga ditegur oleh bapa supaya menghentikan letupan agar tidak menimbulkan keributan di kampung berdekatan tapi aah! Memang nakal, sy mempertahankan tindakan kami kerana kampung sebelah-menyebelah berhampiran gereja merupakan kampung bapa dan mami sy dan belia2 di sana juga meledakkan meriam buluh! Sambil tertawa beramai-ramai, kami yang seramai 5 orang meledakkan beberapa ketul ‘kabait’ sebagai dinamit dan tekanan dari letupan hampir membuatkan sy terjatuh dalam kolam. Kemudian, pukul 2am, sy dan 2 orang kazens perempuan yang lebih muda dari sy, Unie dan Ika (setaraf nakal) mengikuti adik lelaki sy yang memandu land cruiser (kami berdiri di belakang), menghantar keluarga aunty (mami punya sis) ke rumah mereka. Dalam perjalanan pulang apa yang terjadi? Adik sy memandu dengan laju sambil menjerit keluar, “Nah, jagalah kamu! Ada sumandak orang putih!” dan kami menjerit sekuat hati sambil tertawa! (Sumandak orang putih ialah kisah mangsa pembinaan terusan air di kampung kami) Adoi, memang lucu! Pagi 1 Januari berakhir dengan lena...
Memang sakit ketika kita berada di tengah2 pergaduhan orang2 yang kita sayang. Kejadian baru2 sangat menyakitkan sy. Lebih menyakitkan apabila sy hanya mampu melihat dan mendengar tetapi tidak mampu melakukan apa2 untuk memulihkan keadaan. Sy hanya tahu menangis. Sy benci menangis ketika dalam pergumulan sebenarnya! Menangis bererti sy kalah.
Sy mengadu kepada beberapa individu tentang kejadian itu dan mereka juga hanya mampu mendorong sy untuk sabar dan berdoa.
Agaknya sy terlalu tertekan sehingga ketika sy berdoa, sy hanya mampu berkata, “Bapa sy, Tuhan sy..” dan terdiam. Kesinambungan doa sy dilanjuti dengan tangisan. Sy merasa terlalu berat apa yang sy tanggung hinggakan nafas sy sukar untuk dihirup dan dihembus.
Keadaan ini membuatkan sy mula menyalahkan Tuhan. Sy bertanya kepada Dia, “Kau melihat Ya Tuhan bahawa sy tidak dapat bertahan, tidak dapat menanggung bahkan sangat terluka dengan apa yang berlaku! Kau melihat keadaan sy bukan? Kau selalu bilang kalau semua itu akan indah pada waktuNya Tuhan dan sy tapi mana itu? Sy perlu Kau, Tuhan!” (Kepada mata2 yang membaca, jangan sesekali kamu menjadi seperti sy. Jangan cuba2 mencabar Tuhan dalam keadaan emosi. Kita tidak tahu isi hati Tuhan dan tidak akan pernah tahu apa yang difikirkanNya. Dahsyat kan?) Sy sedar bahawa apapun yang berlaku, tetap Tuhan punya jawapannya. Dan sy bersyukur kerana sy masih sedar untuk menyerahkan dalam tangan Dia melalui doa. Kemudian, sy mencari teman yang boleh sy kongsikan hal ini. Teman yang tahu menjawab positif saat sy negatif.. Teman sy mengatakan. “Jangan risau. Tuhan tentu akan berbuat sesuatu tentang itu. Cuma kamu perlu sabar. Hanya sabar dan percaya. Selebihnya Tuhan akan lakukan.”
2 hari kemudian, siangnya, keajaiban mula terjadi. Keadaan pulih sekelip mata! Puji Tuhan! Mungkin mata2 tidak percaya tapi itulah yang terjadi. Pergaduhan itu hilang tanpa kesan sedikit pun! Tidak ada kata maaf tapi automatik diganti dengan senyuman.
Mata2, ingatlah.. Siapapun kamu, Tuhan tahu kemampuan kita setiap kali kita dalam pergumulan. Tuhan membenarkan kita menghadapi masalah sebagai salah 1 langkah untuk membuat kita datang kepada Dia dan mendisiplinkan diri kita. Jangan ikut emosi. Cari teman2 yang betul kerana teman yang salah hanya membawa kamu jatuh lebih dalam dalam masalah (Amsal 13:20 Siapa bergaul dengan orang bijak menjadi bijak, tetapi siapa berteman dengan orang bebal menjadi malang).
Ketika kamu fikir bahawa kamulah insan paling terluka saat ini, ketahuilah masih ramai manusia yang punya masalah lebih dalam dari yang kamu alami saat ini. Mengapa? Kerana segala perkara dapat kita tanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada kita semua (Filipi 4:13). Kesakitan yang kita alami tidak apa2 jika dibandingkan dengan Yesus 2000 lebih tahun yang lalu. Jika sekarang, seseorang menampar pipi kanan kita, mana mungkin dikasi pipi yang sebelah lagi malah dihentam teruk2 orang itu. Tapi Tuhan kita tidak. Dia dahsyat kan?
Tetaplah berdoa (1 Tes 5:17) dan percaya bahawa di dalam Dia ada Iman, Pengharapan dan Kasih. Terima kasih, Bapa..
Beberapa hari yang lepas, sekembali dari dapur sy membaca skrin hp tertera 5 missed call dan 2 massages. Mmm, open missed call no yang tidak tersenarai. Buka inbox, betapa terkejutnya sy bila membaca ayat2 seperti ini :
‘Mana adik sy *Roslin (bukan nama sebenar)?! Awak nak mampus ke tak angkat fon?!’
‘Baik awak pulangkan adik sy!’
Berderau darah sy! Siapa yang berani betul hantar mesej begini? Belum pun sempat sy menaip balas, calling. Sy sambut ;
“Oi! Mana adik sy c Roslin?!!,” suara lelaki.
“Siapa c Roslin? Kau salah no ni..” (Berusaha untuk bertenang kerana sy pasti dia salah no.)
“Aaah! Mana ada salah. Ini no yang adik sy hantar mesej pergi hp kakak sy!”
“Tidak ada nama Roslin yang sy kenal. Tolong cek balik no itu. Memang sy pasti kamu salah dail.”
“Haiya! Yalah2!” dan sy trus off.
Tidak berapa lama kemudian, text masuk.
‘Maafkan sy maki hamun awak tadi. Sy salah tekan 2 no yang terbalik. Memang beginilah kalau sudah kelam-kabut’, sy senyum.
‘Iya, tidak apa. Sy faham. Sy harap c Roslin akan pulang.’
‘Dia baru sampai. Sekali lagi sy minta maaf.’ Sy tidak membalas lagi. Cukuplah.
10 minit kemudian, text masuk.
‘Awak baik betul. Awak tidak marah sy balik walaupun sy maki hamun awak.’
Aik? Kenapa pula dia mesej memuji lagi? Sy berkeras membiarkan. Tidak lama, hp beep lagi.
‘Kalau sy tanya mesti awak tak mahu jawab kan?’ Sy hanya mereplied dalam hati, ‘Iya..’
Setengah jam kemudian hp beep lagi. Dalam hati, ‘Adoi ni orang a.. Takkan mau ucap selamat malam pula?’
‘Baru kali ini sy jumpa orang yang tidak marah bila sy maki hamun lagi2 sy salah no. Sy mahu kenal awak. Sy rasa sangat bersalah. Sy tidak dapat tidur.’
Sy tetap tidak membalas text itu. Kejamkah sy? Mungkin iya tapi sy ada sebab mengapa. Sy sendiri tidak mengerti sejujurnya mengapa sy tidak membalas maki hamun dia dengan maki hamun dari sy juga. Kesabaran sy semakin di tahap yang baik. Imani, Puji Tuhan. Kata orang, kerana lidah kita hidup kerana lidah juga kita mati. Dan sy kira sy sudah sedikit sebanyak ‘menghidupkan’ lelaki itu dari sikapnya yang jahat. Happy to help.. =) God bless him..
In a few weeks ago, I’ve been buzy all along. Adoi, don’t have enough time to think. Beside, many things had happened and I felt tired to think about it! But, honestly thank God for everything.. Thank God. He is so good all the time..
I wanna talk about Love! Love between a man and a woman.
One day, my boyfriend (not special) asked me to become his special one. I told him that we CAN’T NEVER EVER MAKE IT! In calmly (I guess), he answered me, “At least we can try. You will never know before you try!” Adoi, I’m shocked! Love can’t just try. Love is all about a commitment!
Like Jesus love us, He died because He love us! And Jesus’ love is done because He made His commitment to die at the cross! He never tried!
Ruth 11
″Now, my daughter, do not fear. I will do for you whatever you ask, for all my people in the city know that you are a woman of excellence."
AMEN..
Let's figure out what Lord wants from all this. Tiada orang tahu rencana Tuhan selain Dia sendiri. Tapi apa yang pasti, Bapa sentiasa menyediakan sesuatu yang indah dengan caraNya sendiri. (Supang Yahya) God bless eveyone..♥