Memang sakit ketika kita berada di tengah2 pergaduhan orang2 yang kita sayang. Kejadian baru2 sangat menyakitkan sy. Lebih menyakitkan apabila sy hanya mampu melihat dan mendengar tetapi tidak mampu melakukan apa2 untuk memulihkan keadaan. Sy hanya tahu menangis. Sy benci menangis ketika dalam pergumulan sebenarnya! Menangis bererti sy kalah.
Sy mengadu kepada beberapa individu tentang kejadian itu dan mereka juga hanya mampu mendorong sy untuk sabar dan berdoa.
Agaknya sy terlalu tertekan sehingga ketika sy berdoa, sy hanya mampu berkata, “Bapa sy, Tuhan sy..” dan terdiam. Kesinambungan doa sy dilanjuti dengan tangisan. Sy merasa terlalu berat apa yang sy tanggung hinggakan nafas sy sukar untuk dihirup dan dihembus.
Keadaan ini membuatkan sy mula menyalahkan Tuhan. Sy bertanya kepada Dia, “Kau melihat Ya Tuhan bahawa sy tidak dapat bertahan, tidak dapat menanggung bahkan sangat terluka dengan apa yang berlaku! Kau melihat keadaan sy bukan? Kau selalu bilang kalau semua itu akan indah pada waktuNya Tuhan dan sy tapi mana itu? Sy perlu Kau, Tuhan!” (Kepada mata2 yang membaca, jangan sesekali kamu menjadi seperti sy. Jangan cuba2 mencabar Tuhan dalam keadaan emosi. Kita tidak tahu isi hati Tuhan dan tidak akan pernah tahu apa yang difikirkanNya. Dahsyat kan?) Sy sedar bahawa apapun yang berlaku, tetap Tuhan punya jawapannya. Dan sy bersyukur kerana sy masih sedar untuk menyerahkan dalam tangan Dia melalui doa. Kemudian, sy mencari teman yang boleh sy kongsikan hal ini. Teman yang tahu menjawab positif saat sy negatif.. Teman sy mengatakan. “Jangan risau. Tuhan tentu akan berbuat sesuatu tentang itu. Cuma kamu perlu sabar. Hanya sabar dan percaya. Selebihnya Tuhan akan lakukan.”
2 hari kemudian, siangnya, keajaiban mula terjadi. Keadaan pulih sekelip mata! Puji Tuhan! Mungkin mata2 tidak percaya tapi itulah yang terjadi. Pergaduhan itu hilang tanpa kesan sedikit pun! Tidak ada kata maaf tapi automatik diganti dengan senyuman.
Mata2, ingatlah.. Siapapun kamu, Tuhan tahu kemampuan kita setiap kali kita dalam pergumulan. Tuhan membenarkan kita menghadapi masalah sebagai salah 1 langkah untuk membuat kita datang kepada Dia dan mendisiplinkan diri kita. Jangan ikut emosi. Cari teman2 yang betul kerana teman yang salah hanya membawa kamu jatuh lebih dalam dalam masalah (Amsal 13:20 Siapa bergaul dengan orang bijak menjadi bijak, tetapi siapa berteman dengan orang bebal menjadi malang).
Ketika kamu fikir bahawa kamulah insan paling terluka saat ini, ketahuilah masih ramai manusia yang punya masalah lebih dalam dari yang kamu alami saat ini. Mengapa? Kerana segala perkara dapat kita tanggung di dalam Dia yang memberi kekuatan kepada kita semua (Filipi 4:13). Kesakitan yang kita alami tidak apa2 jika dibandingkan dengan Yesus 2000 lebih tahun yang lalu. Jika sekarang, seseorang menampar pipi kanan kita, mana mungkin dikasi pipi yang sebelah lagi malah dihentam teruk2 orang itu. Tapi Tuhan kita tidak. Dia dahsyat kan?
Tetaplah berdoa (1 Tes 5:17) dan percaya bahawa di dalam Dia ada Iman, Pengharapan dan Kasih. Terima kasih, Bapa..






