Hari ini, terasa lama sungguh aku tidak menyatakan kebaikan Tuhan dalam hidup sedangkan aku menikmatinya setiap saat dalam nafasku berhembus. (Diam.) Tiba-tiba terasa berat menekan dada ini. (Tuhan, rindunya..)
Sambil mendengar lagu, “Where are you, Christmas?” aku termenung sebentar. Apakah saat yang paling aku rindukan?
Aku rindukan pelayanan. Sebelum ini, khususnya tahun lalu aku sangat fokus namun tahun ini aku sendiri mengakui bahawa aku sungguh mengabaikan tanggungjawabku sebagai pekerja, sebagai hamba, sebagai anak-Nya, sebagai sahabat dan saudara dalam pelayanan! Ampuni aku ya Tuhan.. Sungguh, ampuni aku..
Terlalu banyak kepahitan yang aku lalui tahun ini lebih-lebih lagi aku kehilangan dan terlepas beberapa perkara yang aku sayang. Aku tidak menyalahkan Tuhan malah mengakui itu adalah berpunca dari kelemahanku sendiri sebagai manusia. Pernah sekali aku hanya mampu menangis tanpa berkata apa-apa untuk menyatakan perasaanku kepada seseorang. Benar, aku hanya mampu menangis. Saat itu aku merasakan Tuhan itu tidak ada kerana aku sendiri merasai tidak ada ketenangan dalam hati dan fikiranku.
Kasih Tuhan tidak pernah berkurangan! Ratapan 3 : 21-23 menyatakan, "Tetapi hal-hal inilah yang kuperhatikan, oleh sebab itu aku akan berharap : Tak berkesudahan kasih setia TUHAN, tak habis-habisnya rahmat-Nya, selalu baru tiap pagi; besar kesetiaan-Mu!" Amen untuk itu! Ketika aku kembali fokus kepada Tuhan, aku sedar bahawa Tuhan ada lewat peribadi itu. Peribadi itu meneguhkan aku saat aku perlu seseorang untuk mendengar. Bukan maksud Tuhan tidak mendengar tetapi Dia mengasihi aku sehingga memahami apa yang aku perlukan saat itu iaitu peribadi dalam bentuk manusiawi kerana saat itu tentu saja aku terlalu cengeng untuk menyedari Tuhan itu ada! Mengapa aku mengimani bahawa Tuhan mengirim peribadi ini untukku saat itu? Kerana, peribadi ini meneguhkan imanku terhadap Tuhan. Dia mengatakan bahawa Tuhan pasti tidak membiarkan aku melalui apa yang tidak mampu aku terima sebagai anak-Nya. Tuhan tidak akan membiarkan aku terus-terusan dalam sakit hati. Selepas mendengar kata-katanya, aku begitu tersentuh. Ya, Tuhan ada! Pasti saja Tuhan tidak membiarkan! Aku pasti Tuhan sayang aku. Selama ini, Tuhan begitu menajga bahkan menyediakan yang terbaik jadi Tuhan pasti tidak membiarkan aku melalui saat sukar sendirian!
Aku bangga punya Allah yang dahsyat.. ^_^ Terima kasih Tuhan..



