CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 28, 2010

Kekuatan Dari Mu Memulihkan Hidupku

l min
Sebentar lagi, aku akan menduduki paper exam ku yang terakhir, Pentadbiran Awam Korporat. Syukur puji Tuhan untuk ketenangan yang Dia beri.. Sungguh, sungguh dalam keadaan yang sangat menyesakkan, Tuhan memberikan janji akan kekuatan dari-Nya melalui Roh Kudus. Dan, dalam ketenangan dan penuh rasa syukur, aku mencuri sedikit masa mengongsikan kebaikan Tuhan. Tidak salah bukan?
Sebenarnya, aku sudah banyak mengeluh dari awal minggu exam lagi kerana begitu banyak papers yang berturutan. Mana mungkin dengan keterbatasanku, aku mampu melakukannya. Tapi di saat bakal menduduki paper yang terakhir, aku sedar..ingin aku katakan bahawa saat ini aku sedang menangis kerana, tanpa aku sedari kekuatan dari Tuhan mengalir dalam tubuhku sejak dari awal minggu peperiksaan lagi. Bapa menjaga kesihatan, dan memberikan kekuatan untuk usahaku belajar di saat2 akhir.. Ampuni aku kerana mengeluh ya Tuhan. Mengeluh itu sepertinya aku tidak mempercayai kekuasaan-Mu atas setiap hidupan di atas bumi.. Ampuni..
Aku ditegur oleh Firman-Nya dalam Yesaya 40:29 - 31 : Dia memberi kekuatan kepada yang lelah dan menambah semangat kepada yang tiada berdaya. Orang-orang muda menjadi lelah dan lesu dan teruna-teruna jatuh tersandung, tetapi orang-orang yang menanti-nantikan TUHAN mendapat kekuatan baru : mereka seumpama rajawali yang naik terbang dengan kekuatan sayapnya; mereka berlari dan tidak menjadi lesu, mereka berjalan dan tidak menjadi lelah. (Amen!) Nah, buktinya kepada orang muda yang sedang membaca artikel ini, satu persoalan, mengapa masih kurang percaya?
Percaya dan imani sahaja. Jujur aku akui sehingga kini aku masih dalam proses mempraktiskan kehadiran Roh Kudus dalam hidupku. Salah satu situasi yang aku percaya itu semua pertolongan dari Roh Kudus ialah saat aku melakukan assigment presentation. Waktu itu, aku sangat gementar kerana berhadapan dengan pensyarah dan para pelajar dari tanah semenanjung tapi aku berdoa dalam hati, “Ya Roh Kudus, aku yakin Kau ada disampingku, mungkin Kau tertawa melihatku ketika ini yang gementar sehingga sakit perut. Tapi aku yakin, jika aku mau Kau yang ambil alih, aku percaya tidak ada satu kuasa pun di bawah kolong langit yang mampu mengalahkan aku apalagi manusia yang ada dalam dewan kuliah ini! Amin!” Dan ketika giliranku melakukan pembentang, mukjizat apabila orang memberikan tepuk tangan hanya untuk kumpulanku sahaja dan tidak pada kumpulan2 sebelum dan selepas kumpulanku! Betapa indahnya hasil kerja tangan Tuhan...
Pagi ini, aku akan berjuang untuk paper yang terakhir. Memang fizikal ku lemah tapi rohaniku masih teguh! Kerana itu semangatku masih di tahap yang tinggi untuk melakukan. Seperti dalam Mazmur 121 : 2 - 3: Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
Ia takkan membiarkan kakimu goyah, Penjagamu tidak akan terlelap.
Dan ketika aku menemukan ayat ini dalam sebuah lagu penyembahan, betapa Daud ketika mencipta Mazmur juga pernah merasa kelelahan dan tidak berdaya tapi dia yakin bahawa Tuhan Allah yang menciptakannya tidak akan pernah meninggalkan ciptaanNya. Bahkan, mungkin saja waktu itu keadaan Daud lebih sukar dari apa yang ku lalui sekarang, jadi mengapa aku harus merasa lebih takut, risau dan mengeluh? Untuk anak2 Tuhan yang penuh dengan kemurahan berdoa untuk pergumulanku kelmarin, Tuhan memberkati...

Wednesday, April 21, 2010

Doa Yang Luar Biasa

Lagi 2 minggu..
Aku sudah merasa terlalu kehilangan. Awal pagi ini, aku bangun. Kerana suhu yang terlalu tinggi. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan dalam otak dan hati. Aku pernah menonton satu movie, aktornya Nicholas Cage (sering memilih genre keagamaan untuk dilakonkan tapi pernahkah dia cuba mengerti kejadian di sebaliknya?) mengisahkan tentang dunia yang kiamat kerana sambaran api dari matahari. Kalau dulu dunia hampir kiamat kerana banjir besar di zaman Nuh, adakah zaman generasi sekarang kerana api? Tuhan punya rencana kerana seperti dalam kitab Amsal, siapa yang mampu menasihati Tuhan? Dia sumber segala kebijaksanaan di bumi dan di syurga. Kalau aku terbalikkan kebimbangan itu, ia sebenarnya satu peringatan untukku berjaga2. Eee, betapa sukarnya aku bersikap optimis seperti Andreas dalam cerita Yesus Memberi Makan 5 Ribu Orang (aku menganggap diriku masih seperti anak yang kecil sedang membaca buku cerita walaupun itu adalah Alkitab disebabkan masih dalam proses belajar).
Tidak lama lagi, aku akan meninggalkan pengajian ku di sini. Aku gembira bahkan sudah tidak sabar2 meninggalkan pengajian tetapi, ada suatu perkara yang melukakan hati ini. Aku terpaksa meninggalkan pelayanan di sini. Aku tahu dan mengerti bahawa di mana2 pun kita akan melayani jika dipakai Tuhan tapi itulah, kerana Roh Kudus yang sungguh manis di tempat ini, maka aku merasa amat keberatan..
Aku masih ingat, misi dan pemuridan pertama aku sertai ke perkampungan orang asli. Bertolak tengah malam dan tiba waktu subuh2 lagi kerana mengelakkan kesesakan lalu lintas lebuh raya Utara Selatan semenanjung buat aku rasa sungguh letih. Mujur tidak demam. Pst yang menerima ketibaan kami merupakan seorang lagi hamba Tuhan ku kira sungguh luar biasa pekerjaan Tuhan dalam dia. Waktu sarapan hari pertama di warung orang melayu, dia berani menceritakan kesaksian bagaimana Tuhan membantu dia dan beberapa hamba Tuhan yang melayani bebas daripada menjadi tahanan ISA sewaktu pemerintahan Dr M sebagai Perdana Menteri. Aku pada ketika itu, memahami situasi yang terjadi berdasarkan bidang pengajianku tentang struktur Perlembagaan Persekutuan dan politik Malaysia. Aku masih ingat artikel yang ku baca tentang peristiwa 'ops lalang 1987' tentang penangkapan paderi2 Kristian di negara ini disebabkan isu politik. PM pada ketika itu menghantar perisik2 untuk menjadi mata2 bagi beliau tapi maklumat yang dibawa dipakai Tuhan untuk mengubah hati PM ketika itu iaitu beliau mengetahui bahawa para Pastor2 ini mendoakan beliau serta keamanan kerajaan Malaysia! Bukankah pekerjaan Tuhan sangat luar biasa? Tiada seorang manusia pun yang dapat menduga dengan doa, semua berubah secara luar biasa dan tanpa doa, aku percaya perkara itu akan menjadi luar binasa! Tapi kumpulan Pst2 ini mudah saja untuk percaya dan betapa aku harus mencontohi ini..
Sehingga kini, aku masih ingat kenangan itu. Masih aku pegang sehingga kini bahawa tiada suatu kuasa pun di luar Tuhan yang mampu menang ke atas anak2Nya!

Tirai Hidup Baru


Ini merupakan blog terbaru...
Selamat datang kepada para pembaca.. Atau lebih dalam lagi.. Shallom..
Aku doakan kiranya setiap ayat dipakai Tuhan untuk menyentuh jiwa yang dipunyai oleh sepasang mata itu. Aku sedar, sikit sahaja sisa hidup yang masih tinggal. Aku rasa terlalu suntuk untuk menyediakan sesuatu kepada bapa sebelum aku kembali kepadaNya. Kiranya, diriku malu datang ke rumah Bapa tanpa 'hadiah' sedangkan selama aku bernafas di dunia ini, Dia menganugerahkan keselamatan, aku dipilih mendengar dan mengerti akan FirmanNya (harus diingat, ramai orang mendengar cerita Bapa tapi sedikit yang percaya dan mau setia!). Di dunia ini juga, aku diberikan keluarga yang sangat membangun. Bapa dan mamiku, amat prihatin akan keselamatan anak2nya ecara duniawi dan rohani. Terima kasih kerana sabar sepanjang usahamu membesarkan kami (dalam hatiku kini, aku menangis..betapa aku sungguh nakal sehingga selalu menghadiahkan orang tuaku sakit kepala)..
Untuk kawan2 seiman yang banyak menolongku, menyediakan keperluanku melalui doa, betapa kalian sungguh2 dipakai Tuhan untuk berbahagi kasih...
Di sinilah, setiap waktu kasih Tuhan akan mengembangkan empayar kerajaan melalui setiap kata yang terpapar. Amen...