CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, July 31, 2010

The Warrior Ia A Child


Lately I've been winning battles left and right
But even winners can get wounded in the fight
People say that I'm amazing
I'm strong beyond my years
But they don't see inside of me
I'm hiding all the tears

Chorus:
They don't know that I come running home when I fall down
They don't know who picks me up when no one is around
I drop my sword and cry for just a while
(Look up for His smile)
'Coz deep inside this armor
The warrior is a Child

Unafraid because His arrow is the best
But even soldiers need a quiet place to rest
People say that I'm amazing
I never face retreat, NO
But they don't see the enemies
That lay me at His feet

(Lagu ini saya perolehi dari 1 video funeral artis terkenal filipina. Saya berfikir mengapa lagu ini dipilih? Bukankah orang itu telah meninggal lalu mengapa lagu The Warrior Is A Child yang dimainkan? Saya meng'google' lirik lagu ini dan akhirnya saya mengerti mengapa. Di saat menikmati kegemilangan seseorang itu ketika hidup, ada juga saat di mana dia jatuh. Manusia sangat terbatas dan itu yang harus diakui! Iya, orang lain bisa saja mengatakan 'Kau kuat..', 'Kau sungguh tabah..', 'Kau bijak..', 'Kau hebat..' dan sebagainya. Tapi saya ingin agar mata yang membaca ini sekarang, kau selidiki dirimu, kau tahu kemampuanmu sangat terbatas bukan? Saya menyedari bahawa keterbatasan saya (yang saya anggapi sebagai musuh kepada kemampuan saya) secara tidak langsung membawa saya kepada Tuhan.. Praise the Lord untuk itu..)

I drop my sword and cry for just a while, 'Coz deep inside this armor (senjata adalah sesuatu yang kita pegang untuk berjuang ke arah hidup yang lebih bererti), The warrior is a Child and the Child is Jesus.. Commit that to ur life.. Jesus is our Warrior.. Amen..

Friday, July 30, 2010

A message..

There were a lot of things that had happened and still happening to our world.
The very world we are living in, we are forced to believe that there's no love anymore.
That this condition is the best we can get.
FIGHT, DISCRIMINATION, WAR, KILLINGS, BOMBS, TERRORISM
And so many other bad things, we were tempted to believe in what I called NONLOVE.
But I refuse to give in to that. I refuse to believe that there's NO LOVE in our heart.
In our little space right here I still believe in
SYMPATHY, CARING, AFFECTION, and TOUCH.
We are created to give not to take away, together and not to divorce, to unite and not to divide,
and most importantly we are created to LOVE and TO BE LOVED.
                                                                               ~Agnes Monica~

Hati Ini..

Resah hati ini..
Pesanan dari si dia ini melalui handphone tadi buat aku rasa tidak keruan. Segalanya sudah kacau! Kusut! Celaru! Apapun rasa itu, yang pastinya aku tidak mahu ini semua! Meluahkan pada siapa? Ada! Ada peribadi yang sepatutnya berhak tahu tapi dia terlalu sibuk!! SIBUK!!
Kalaulah si dia ini bertindak secara matang, tentulah dia tidak melakukan ini semua. Tolong.. Tolong aku ini.. Jangan keruhkan keadaan dengan sesuatu yang sudah pasti tidak boleh! Si dia mengatakan Tuhan yang menentukan pada akhirnya, iya! Iya! Memang benar tapi bagaimana kalau aku sudah menanam komitmen terdahulu dengan Tuhan sebelum kamu? Mana 1 yang akan Tuhan dengar? Itu yang aku takutkan..
Jangan libatkan orang tua dalam masalah kita. Jangan! Aku sudah memberikan kata putus tapi si dia degil! Kalau si dia benar2 mahukan aku untuknya pasti dia akan berusaha sendiri dan tidak menggunakan orang lain sebagai alat bukan? Itukan namanya tidak matang?! Masih tidak mahu berusaha sendiri hinggakan orang tuaku mula mempersoalkan banyak hal termasuk peribadi itu dan sekarang aku sudah larut dalam emosi, menjawab dalam keadaan marah2. Ampuni Ya Tuhan kerana berkasar dengan orang yang patut aku hormati tapi akukan manusia biasa, masih daging dan tentu saja aku boleh menjadi marah bila mahu mempertahankan hakku..
Secara manusiawi, iya banyak hal yang membataskan aku dengan peribadi itu. Jarak, bangsa dan mungkin juga masa (kerana masa penting untuk memulai dan mengakhiri sesuatu pada waktunya) tapi kerana aku mengasihi dia dan sudah lama aku menanam komitmen sebegini pada Tuhan (walau aku tidak tahu apa keputusan Dia tapi imani bahawa Dia akan memberikan yang terbaik) aku tidak mau putus asa. Kerana bagiku, tidak ada manusia yang mampu menghalangi rancanganku lagi kerana aku sudah menyerahkan hubungan ini dalam tangan Tuhan dan Dia pasti ada di pihakku.

Tuesday, July 27, 2010

SEKAWAN KUDA BELANG (Hahahahahaha...)

Apalah yang lebih berharga dalam hidup ini sebenarnya?
Sepanjang jalan-jalan hidup yang penuh dengan duri-duri,batu-batu,tanah tinggi,cuaca tidak menentu dan persimpangan yang membingungkan,inilah yang kita perolehi..
Kawan-kawan yang meninggalkan kenangan manis bersama-sama.. Apa lagi yang saya ingin selain daripada teman yang sama-sama melukis lakaran indah dewasa di atas lukisan hidup saya ini?

Kamu yang dalam gambar ni..
Adalah orang-orang yang sangat hebat hingga mengubah saya menjadi orang yang jauh lebih baik..
God, I pray to You.. Bless them..
(Fredie Cassidy, Bibi Kong Lee Haw,Lina anak Tirau,Entila,Helda Inna, Supang & Airine)

CAMPUS LIFE

Alkisah, suatu hari aku dan temanku ke ibu kota untuk..adalah. Ketika menaiki bas (di Kedah, adalah perkara lazim sekiranya ada penumpang yang akan berdiri dalam bas dan ini 1 kejutan budaya untukku sebenarnya), aku dan temanku bernasib baik kerana memperoleh tempat duduk sejak dari mula lagi. Di pertengahan jalan, ada sebuah keluarga menaiki bas termasuklah seorang tua pangkat datuk dan budak kecil. Mula-mula, temanku yang bangun mempersilakan budak itu duduk then turn aku untuk bangun dan orang tua itu duduk. Perkara sama yang makcik di hadapan itu lakukan kepada seorang wanita yang lebih tua darinya. Begitu juga dengan budak India yang kukira juga adalah  seorang mahasiswi.
Aku pelik, kerana di dalam bas itu sejumlah besar adalah bakal2 graduan tetapi tidak ada seorang pun yang berniat untuk bangun!!! Aku terpandang seorang mahasiswa dan teman wanitanya yang juga bakal graduan, dia hanya tertunduk. Malu agaknya.. Yelah, di bulan yang mulia bagi mereka yang beragama sepertinya adalah suatu kewajipan yang harus dilaksanakan sesama manusia. Konduktor bas hanya tersenyum, mungkin menyampaikan penghargaan terima kasihnya atas tindakan sekecil itu. Aku membalas senyumnya, ‘sama2’..
Aku bertanya kepada temanku itu, “Mengapa mereka yang di hadapan tidak mahu bangun untuk orang yang lebih memerlukan tempat duduk?” Dengan selamba temanku menjawab,”Mereka tidak ingat yang mereka akan tua juga suatu hari nanti..”

Tulang Rusuk Ku? (Based on d article that I found but I changed a liltle bit..)

Dua agama mengatakan Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam (and of course dari tanah juga). Mengapa tulang rusuk?
Tulang rusuk punya tugas penting iaitu melindungi jantung. Jantung melambangkan hati jadi wajarlah setiap lelaki dan perempuan dapat menjaga hati pasangan masing-masing. Tetapi sekarang, kebanyakan orang punya tulang rusuk yang rapuh sehingga setiap ‘hati’ mudah sekali tercedera.
Tulang rusuk juga sangat fleksibel sebab ia juga bertindak melindungi organ dalaman yang lain. Sifat fleksibel itu seharusnya melambangkan keterbukaan setiap pasangan untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Tapi, orang sekarang semakin tamak.. Mahu yang baik saja tapi tidak fikir bahawa yang buruk itulah membuatkan kita belajar.
Mengapa Tuhan mengambil tulang rusuk kiri? Kerana kiri melambangkan penolong. Kepada mata-mata yang membaca, manakah yang lebih kuat, yang ditolong atau yang menolong? Kiri juga merupakan pelengkap kepada kanan. Walaupun tidak menjadi ketua, tapi perempuan menjadi pelengkap untuk menjadikan lelaki itu sempurna.
Akhir dari ini, aku berfikir... Tulang rusuk lelaki mana yang tertanam dalam tubuhku? Lord, I let You will be done in me...

Kepastian

Suatu hari, seorang lelaki mengatakan padaku, “Mie, akan aku berikan kau apa sahaja yang kau mahukan asalkan aku dapat mengahwinimu..”
Tentu sahaja aku gembira kerana ada juga yang sudi menawarkan diri untuk menjadi pasangan seumur hidupku. Lamarankah ini? Nah, bagaimana harusku menjawab pertanyaan ini? Jangan terburu2 kerana Tuhan telah mengaruniakan kebijaksanaan yang luar biasa. Gunakan itu..
Aku tersenyum padanya dengan satu helaan nafas.. Aku menutur kata dengan sebaik mungkin seperti pepatah ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak’.
“Aku ingin berkebun sayur, mahukah kau membina batas untukku?”
Dia membulatkan matanya dan menjawab,”Bukankah lebih baik membeli di market saja?”
“Emmmm... Aku impikan rumah yang kecil dan sederhana. Bolehkah?”
Dia termenung,”Tapi bukankah rumah besar lagi bagus dan menampung ramai orang? Selesa!”
“Emmmm... Bagaimana kau pasti aku ini sesuai untukmu?”
Tanpa fikir panjang,”Kerana kau cantik dan memang aku sukakan kau!”
“Emmmm... Aku suka berkebun sayur kerana bila kau membina batasnya ertinya kau sudi bersamaku susah atau senang. Kau akan berkongsi segala dari yang kau miliki bersamaku kerana aku adalah sebahagian dari hidupmu saat kau menjadi suamiku. Aku impikan rumah kecil kerana dalam apa kesibukan sekalipun rumah itu akan membuatkan kita ketemu setiap waktu dan aku akan dapat melihat engkau, suamiku di saat aku lena dan bangun. Aku menanyakan kau bagaimana kepastianmu tentang aku yang kau pilih kerana aku mahukan komitmen. Dilewati masa, aku menjadi semakin tua dan sudah tidak cantik lagi. Suka? Suka boleh bertukar benci.. Suka adalah perasaan yang rapuh.”
“Tapi kenapa kau fikirkan semua ini sebegini rumit? Janganlah..”
“Aku mengharapkan lelaki yang mahu mengasihiku, tidak apa jika tidak suka atau mencintai tetapi kasihilah aku seadanya.. Kasih adalah kekal. Kerana bila dia mahu mengasihiku, pasti dalam hidupnya ada tempat untuk hidupku..kerana aku adalah isterinya. Itu adalah komitmen!”
“Jadi, apa keputusanmu?”
Aku tersenyum,”Kau tahu keputusanku itu..”