CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 21, 2010

Doa Yang Luar Biasa

Lagi 2 minggu..
Aku sudah merasa terlalu kehilangan. Awal pagi ini, aku bangun. Kerana suhu yang terlalu tinggi. Keadaan ini mendatangkan kebimbangan dalam otak dan hati. Aku pernah menonton satu movie, aktornya Nicholas Cage (sering memilih genre keagamaan untuk dilakonkan tapi pernahkah dia cuba mengerti kejadian di sebaliknya?) mengisahkan tentang dunia yang kiamat kerana sambaran api dari matahari. Kalau dulu dunia hampir kiamat kerana banjir besar di zaman Nuh, adakah zaman generasi sekarang kerana api? Tuhan punya rencana kerana seperti dalam kitab Amsal, siapa yang mampu menasihati Tuhan? Dia sumber segala kebijaksanaan di bumi dan di syurga. Kalau aku terbalikkan kebimbangan itu, ia sebenarnya satu peringatan untukku berjaga2. Eee, betapa sukarnya aku bersikap optimis seperti Andreas dalam cerita Yesus Memberi Makan 5 Ribu Orang (aku menganggap diriku masih seperti anak yang kecil sedang membaca buku cerita walaupun itu adalah Alkitab disebabkan masih dalam proses belajar).
Tidak lama lagi, aku akan meninggalkan pengajian ku di sini. Aku gembira bahkan sudah tidak sabar2 meninggalkan pengajian tetapi, ada suatu perkara yang melukakan hati ini. Aku terpaksa meninggalkan pelayanan di sini. Aku tahu dan mengerti bahawa di mana2 pun kita akan melayani jika dipakai Tuhan tapi itulah, kerana Roh Kudus yang sungguh manis di tempat ini, maka aku merasa amat keberatan..
Aku masih ingat, misi dan pemuridan pertama aku sertai ke perkampungan orang asli. Bertolak tengah malam dan tiba waktu subuh2 lagi kerana mengelakkan kesesakan lalu lintas lebuh raya Utara Selatan semenanjung buat aku rasa sungguh letih. Mujur tidak demam. Pst yang menerima ketibaan kami merupakan seorang lagi hamba Tuhan ku kira sungguh luar biasa pekerjaan Tuhan dalam dia. Waktu sarapan hari pertama di warung orang melayu, dia berani menceritakan kesaksian bagaimana Tuhan membantu dia dan beberapa hamba Tuhan yang melayani bebas daripada menjadi tahanan ISA sewaktu pemerintahan Dr M sebagai Perdana Menteri. Aku pada ketika itu, memahami situasi yang terjadi berdasarkan bidang pengajianku tentang struktur Perlembagaan Persekutuan dan politik Malaysia. Aku masih ingat artikel yang ku baca tentang peristiwa 'ops lalang 1987' tentang penangkapan paderi2 Kristian di negara ini disebabkan isu politik. PM pada ketika itu menghantar perisik2 untuk menjadi mata2 bagi beliau tapi maklumat yang dibawa dipakai Tuhan untuk mengubah hati PM ketika itu iaitu beliau mengetahui bahawa para Pastor2 ini mendoakan beliau serta keamanan kerajaan Malaysia! Bukankah pekerjaan Tuhan sangat luar biasa? Tiada seorang manusia pun yang dapat menduga dengan doa, semua berubah secara luar biasa dan tanpa doa, aku percaya perkara itu akan menjadi luar binasa! Tapi kumpulan Pst2 ini mudah saja untuk percaya dan betapa aku harus mencontohi ini..
Sehingga kini, aku masih ingat kenangan itu. Masih aku pegang sehingga kini bahawa tiada suatu kuasa pun di luar Tuhan yang mampu menang ke atas anak2Nya!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.