Malam ini, sy chatting dengan seseorang. Dia, dia merupakan antara orang2 kesayangan sy. Beberapa jam selepas sy post sedikit tentang dia dalam blog, dia akan melangkah ke satu tahap hubungan yang baru, yang lebih kukuh dan berkomitmen. Betapa di hati sy turut merasakan kegembiraan yang dia rasakan namun di hatinya PASTI lebih lagi.
Sepanjang sy mengenali peribadi ini, satu hal yang sy pasti tentang dia ialah, dia sangat optimis! Aduh, sangat optimis! Sekalipun dia mengeluh, terluka atau marah, dia tetap berfikiran optimis. Berkongsi bilik setahun dengannya buat sy belajar kalau dalam hidup kita mesti ada komitmen untuk berusaha. Semasa ada assigment (Hahahahaha, sy mau ketawa dulu), dia sangat membebel kalau ada yang tidak kena apalagi bahan itu tidak wujud tapi percaya pada sy, dia tetap cari sampai dapat! Kalau kau (mata yang sedang membaca post ini) ialah apa yang dia sedang cari, tentu saja kau tidak dapat ke mana2 kerana dia akan cari sampai dapat.
Dalam hubungan dengan orang yang bakal dimiliki (sorry, even privacy but I have to type this, babe..) dia sungguh persistent. Sy percaya kalau salah satu sebab mengapa dia berjaya membawa hubungan ini ke tahap yang lebih kukuh adalah kerana dia persistent (nampak lemah seperti air tapi menghakis batu yang keras sehingga mengikut bentuk air itu mengalir). Dia dapat membuat hubungan mereka seperti yang dia inginkan akhirnya. “Babe, kau berhak disayangi kerana kegigihan kau menyayangi dia dan hubungan kamu.”
Saat ini, sedih juga terbit di hati sy kerana tidak berkesempatan melihat dia melangkah ke tahap yang baru itu. Dia, juga adalah kepentingan sy. Sukar untuk melukai dia kerana dia sangat mudah disayangi. Sungguh.. Terima kasih aaa sebab selalu ada untuk sy apalagi saat sy memerlukan driver untuk siapkan assigment luar (ketawa lagi). Terima kasih juga kerana berkongsi makanan, tisu, movie, cerita, buku2 dan menemani sy menonton movie. Terima kasih kerana kita jadi kawan..
Sekali lagi sy mahu kata yang, lelaki itu bukan saja bertuah kerana memiliki kau tapi dia sangat diberkati sehingga dia dimampukan untuk memiliki kau.. Wish u all the best and I love u so much..
Seorang sahabat menaruh kasih setiap waktu, dan menjadi seorang saudara dalam kesukaran. (Amsal 17:17, Proverbs 17:17)





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.