CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 8, 2011

Melepas pergi..

Pagi beberapa minggu yang lalu, aku mengirimkan text kepada seseorang.  Sebab utama mengapa aku berbuat seperti itu ialah kerana aku ingat akan pesan bapa bahawa untuk benar-benar komitmen dalam sesebuah hubungan, aku harus memaafkan dan merelakan apa yang telah berlaku dalam hubungan yang lepas dihidupku.  Dan aku sedar kalau dalam hatiku, aku masih menyimpan sedikit rasa marah, kecewa dan terkilanku pada hubungan-hubungan yang lalu.  Aku juga sedar benar kalau apa yang terjadi dalam hubungan-hubungan yang lalu itu mengikat banyak hal sekarang sehingga aku sukar untuk berkomitmen.  Kata Tuhan, “Orang yang menduakan hatinya tidak akan pernah tenang,” (Yokubus 1:8) dan sememangnya itu amat tepat sekali kerana aku menduakan hatiku dengan keraguan!  Oh Tuhan, aku sangat bersalah kepada dia, lelaki yang kini aku tempatkan dihatiku dan juga bersalah terhadap Engkau, Bapa kerana tidak mengimani apa yang kau izinkan terjadi dalam hidupku.
Berbalik kepada sms tadi.
Aku menyatakan doaku terhadap kebahagiaan yang dia bina sekarang dan mohon maaf terhadap semua yang aku lakukan sepanjang kami bersama yang tidak memberkati dia.  Jujur, aku begitu ikhlas saat menyatakan semua itu melalui sms.
Namun, aku tidak menyangka bahawa dia menganggap semua itu sebagai 1 sindiran kerana dia tidak merasa bahagia kini.  Aku sangat terkejut.  Aku berusaha sehabis mungkin untuk membuatkan dia memahami yang aku amat bermaksud untuk mendoakan dia.  Tapi, dia masih sinis.  Akhirnya, sms itu berakhir dengan pertengakaran.  Aku tidak mengerti mengapa itu yang terjadi.  Aku sudah merendahkan diriku ditahap yang aku mampu sebagai manusia tapi manusia tetap manusia.  Penuh dengan kelemahan dan keterbatasan.  Biarlah, aku sudah melakukan apa yang perlu sebagai manusia dan tidak dituntut lagi.
Sekarang, aku fokus kepada Tuhan.  Biarlah Tuhan yang mengambil alih segala kelukaan yang aku rasakan sebelumnya.  Aku sering mendengar istilah, “Time will healing the pain” tapi bagiku, kasih Tuhan lebih berkuasa.  Aku berdoa ya Tuhan, kiranya hubungan yang aku ada saat ini adalah yang terakhir aku miliki sehingga nafasku ini Kau ambil dari tubuhku.  Aku sangat mengasihi dia..  Namun aku percaya rencanaMu maka jadilah kehendakMu dibumi seperti disyurga.  Berikan aku kekuatan dan kebijaksanaan, kasih yang tidak pernah terbatas agar apapun yang terjadi di hadapanku, aku masih mampu melihat kehadiranMu dalam hidupku..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.