CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 2, 2010

Ikan 'ROKOT'


Sepanjang berada di perantauan, inilah yang sangat ku rindukan. Kadang-kadang rasa ingin menangis kerana tidak kelihatan disana. Cukup dengan air yang mendidih, masukkan ikan dan garam. Lepas 3 minit, angkat untuk dihidang.

Teringat ku ketika kecil (umur 10 tahun kot..) dulu, meredah hutan sejauh 4 jam perjalanan untuk ke sebatang sungai di kaki Gunung Trusmadi. Terasa angin sangat sejuk walaupun jam menunjukkan pukul 11 pagi (Sungguh jauh beza daripada cuaca sekarang). 3 jam berendam dalam sungai, kulit jadi kecut dan pucat tapi seronok bila dapat ikan. Waktu itu, terasa diriku sangat lasak. Memijak batu2 sungai yang tajam bukanlah masalah padaku ketika itu walaupun berkaki ayam.. Siap boleh berlari sana sini. Air sangat jernih dan berwarna kehijau-hijauan.. Mummy menjerit sana sini kepada kami supaya jangan terjun ke dalam lubuk tapi ah, aku...anak kampung, itulah tempat permainan ku. Menelusuri juram batu pun tidak menjadi masalah pada diriku dan juga cousin2 yang seangkatan taraf nakalnya dengan aku. Serupa anak kijang yang lincah, mungkin itulah gambaran diriku suatu ketika dulu..

Mencari ikan seperti ini bukanlah senang. Jari-jariku ketika itu yang sangat kecil mudah saja ku selitkan di celah2 atau lubang2 batu. Tiba2 ketawa kerana geli bergeser dengan badan sang ikan yang cuba melarikan diri..

Makan tengah hari, aku mengikut mummy dan aunty2 ku yang lain mencari pucuk paku. Nah, kerana tahap pemikiran masih kebudak-budakan, ku petik semua pucuk yang menyerupai pucuk pakis. Kecewanya bila hasil usahaku ‘direject’ mereka! Tapi itu tidak lama kerana aku mula tersenyum kembali bila siap makanan untuk dinikmati. Ikan yang baru ditangkap sudah boleh dimakan..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.