CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, June 2, 2010

Wain Anggur

Shallom..
Rasanya lama sudah tidak mencoret sesuatu. Sekembalinya dari belajar, banyak betul perkara yang harus didahulukan. Antaranya pelayanan. Bolehkah aku mengeluh? Tidak. Kerana kekuatan yang ada ini pun ku peroleh dari Tuhan. Thanks Lord! U r amazing. But forgive me for everything. You know what i mean..
Sekarang, perkara yang bermain di fikiran ialah ‘finding a job’. Tapi rasa masa terlalu menghentam ku cukup-cukup. Kena bergerak pantas tetapi memang sukar! Jadi ku putuskan untuk mendahulukan pelayanan sahaja. Serahkan segala apa yang kita rancangkan pada Tuhan yang memegang masa di dunia dan syurga. Mukjizatnya, kini tidak ada lagi rasa susah hati..
Mengimbau kembali..
Hampir 3 tahun yang lalu, ketika aku sedang duduk di tepi jalan untuk menunggu bas, datang seseorang yang baru ku kenali hanya beberapa bulan itu duduk di samping. Dia memulai bicara dengan bertanya,”Mie, sy mahu tanya kalau kamu aliran kamu benar2 disebut protestant.”
“Sy pun tidak arif sangat. Hanya percaya sj. (Tertawa)”
“Sy cuma ada persoalan. Mungkin kamu ada jawapan.”
Dalam hatiku berkata,’Tuhan, jangan benarkan. Sy tidak tahu apa2 ini!’ Tapi Tuhan tidak mendengar mungkin kerana Dia tahu aku mampu. Dan kemampuan ku itu kerana Dia. Kalau ini waktu-Nya Tuhan, aku harus relakan.
“Ya, tanyalah. Tapi jangan yang susah2 tau! (Ketawa lagi)”
Dia diam, lama dia diam. Lalu, dia membuka mulut,“Mie, kenapa protestant melarang minum arak?” Aku terkejut. Terdiam. Tarik nafas panjang.
“Bukankah dalam Alkitab ada melarang tentang mabuk-mabukan? 3 Injil menyatakan perkara yang sama. Itu yg aku pasti.”
“Tapi, ada dalam Injil Matius sewaktu perkahwinan di mmm, mana tu a? Kan Tuhan Yesus memenuhkan tempayan dengan wain anggur?”
Aku terdiam, Roh Kudus tolong!!! Dan tiba-tiba lancar sj aku menjawab,
“Senangkah buat wain anggur kalau zaman dulu? Tidak kan? Proses membuat wain anggur sangat susah apalagi wain yang terbaik kerana perlu diperam bertahun-tahun. Oleh itu nilainya sangat tinggi. Wain anggur merupakan 1 tanda kesyukuran terhadap sesuatu perkara yang baik. Seperti usaha kita membuat wain itu, semakin sukar tapi hasil semakin tinggi. Orang sanggup memberi orang lain minum hasil wain usahanya mengapa? Kerana orang itu ingin berkongsi kegembiraan atau kesyukurannya. Tapi manusia sekarang minum untuk mabuk-mabukan dan itu yang salah. Kamu tahukan apa terjadi kalau sudah tidak waras?”
“Jadi pengambilan alkohol itu tidak salah?”
“Bagi sy tidak kerana alkohol bagus untuk kesihatan. Contoh untuk cuci luka, untuk ibu-ibu yang baru bersalin tapi harus diguna cara yang betul. Kalau salah memang jadi 1 dosa. Benda tu boleh jadi ubat dan juga racun. Tuhan sendiri mengingatkan supaya memelihara tubuh sebagai bait-Nya.” Dia pun mengangguk dan sehingga kini, dia menerima Tuhan dengan sungguh2 bahkan tidak pernah mabuk-mabukan lagi! Praise the Lord!
Walau angin malam bertiup, aku terasa panas juga kerana peluh.. Hehehehe.. Syukur..

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.