Saya sedang mendengar khotbah bertemakan ‘Pacaran’ oleh Pdt Gilbert Lumoindong dan beberapa hal yang saya sedar tentang ini ialah :
1. Apa yang telah disatukan Tuhan tidak boleh dipisahkan lagi. (Ertinya, apapun yang terjadi termasuk kejutan tentang kelemahan pasangan masing2 harus kita terima.)
2. Harus sedia dan siap untuk membina keluarga. (Adakah sudah wujud komitmen dalam diri masing2? Tanggungjawab dan kedewasaan sudah benar2 dimengertikan? Kedewasaan juga dapat membedakan hal yang baik dan buruk! Seseorang yang sudah dewasa juga bukan hanya menjadi perhatian tetapi memperhatikan juga pasangan.)
3. Mesti ada prinsip! (Ketetapan pada yang 1. Tidak membandingkan pasangan dan orang lain dan tidak menginginkan orang lain lagi. Selain itu, harus memilih pasangan yang seimbang seperti yang dikatakan dalam Firman ‘Terang tidak akan bersatu dengan gelap!’ kerana dasar untuk keputusan manusia ialah iman.)
4. Memiliki akal sihat. (Pertimbangan yang baik. Kata dunia,’Cinta itu buta’ dan kerana itu banyak orang tersandung, banyak orang tersesat dan risiko untuk berakhir dengan kegagalan adalah tinggi kerana perasaan kecewa dan menyesal mula muncul setelah 5 atau 10 tahun berkahwin. Jangan pernah membaziri air matamu hanya kerana keterlewatan membuat keputusan melalui pertimbangan yang baik.)
Akhir dari ini, Pdt Gilbert menegaskan, ‘Carilah dahulu kerajaan Allah dan Dia akan menyiapkan ‘dia’ untukmu’..
Saya menangis..




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.