CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 30, 2010

Hati Ini..

Resah hati ini..
Pesanan dari si dia ini melalui handphone tadi buat aku rasa tidak keruan. Segalanya sudah kacau! Kusut! Celaru! Apapun rasa itu, yang pastinya aku tidak mahu ini semua! Meluahkan pada siapa? Ada! Ada peribadi yang sepatutnya berhak tahu tapi dia terlalu sibuk!! SIBUK!!
Kalaulah si dia ini bertindak secara matang, tentulah dia tidak melakukan ini semua. Tolong.. Tolong aku ini.. Jangan keruhkan keadaan dengan sesuatu yang sudah pasti tidak boleh! Si dia mengatakan Tuhan yang menentukan pada akhirnya, iya! Iya! Memang benar tapi bagaimana kalau aku sudah menanam komitmen terdahulu dengan Tuhan sebelum kamu? Mana 1 yang akan Tuhan dengar? Itu yang aku takutkan..
Jangan libatkan orang tua dalam masalah kita. Jangan! Aku sudah memberikan kata putus tapi si dia degil! Kalau si dia benar2 mahukan aku untuknya pasti dia akan berusaha sendiri dan tidak menggunakan orang lain sebagai alat bukan? Itukan namanya tidak matang?! Masih tidak mahu berusaha sendiri hinggakan orang tuaku mula mempersoalkan banyak hal termasuk peribadi itu dan sekarang aku sudah larut dalam emosi, menjawab dalam keadaan marah2. Ampuni Ya Tuhan kerana berkasar dengan orang yang patut aku hormati tapi akukan manusia biasa, masih daging dan tentu saja aku boleh menjadi marah bila mahu mempertahankan hakku..
Secara manusiawi, iya banyak hal yang membataskan aku dengan peribadi itu. Jarak, bangsa dan mungkin juga masa (kerana masa penting untuk memulai dan mengakhiri sesuatu pada waktunya) tapi kerana aku mengasihi dia dan sudah lama aku menanam komitmen sebegini pada Tuhan (walau aku tidak tahu apa keputusan Dia tapi imani bahawa Dia akan memberikan yang terbaik) aku tidak mau putus asa. Kerana bagiku, tidak ada manusia yang mampu menghalangi rancanganku lagi kerana aku sudah menyerahkan hubungan ini dalam tangan Tuhan dan Dia pasti ada di pihakku.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.