CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, July 27, 2010

Kepastian

Suatu hari, seorang lelaki mengatakan padaku, “Mie, akan aku berikan kau apa sahaja yang kau mahukan asalkan aku dapat mengahwinimu..”
Tentu sahaja aku gembira kerana ada juga yang sudi menawarkan diri untuk menjadi pasangan seumur hidupku. Lamarankah ini? Nah, bagaimana harusku menjawab pertanyaan ini? Jangan terburu2 kerana Tuhan telah mengaruniakan kebijaksanaan yang luar biasa. Gunakan itu..
Aku tersenyum padanya dengan satu helaan nafas.. Aku menutur kata dengan sebaik mungkin seperti pepatah ‘menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berselerak’.
“Aku ingin berkebun sayur, mahukah kau membina batas untukku?”
Dia membulatkan matanya dan menjawab,”Bukankah lebih baik membeli di market saja?”
“Emmmm... Aku impikan rumah yang kecil dan sederhana. Bolehkah?”
Dia termenung,”Tapi bukankah rumah besar lagi bagus dan menampung ramai orang? Selesa!”
“Emmmm... Bagaimana kau pasti aku ini sesuai untukmu?”
Tanpa fikir panjang,”Kerana kau cantik dan memang aku sukakan kau!”
“Emmmm... Aku suka berkebun sayur kerana bila kau membina batasnya ertinya kau sudi bersamaku susah atau senang. Kau akan berkongsi segala dari yang kau miliki bersamaku kerana aku adalah sebahagian dari hidupmu saat kau menjadi suamiku. Aku impikan rumah kecil kerana dalam apa kesibukan sekalipun rumah itu akan membuatkan kita ketemu setiap waktu dan aku akan dapat melihat engkau, suamiku di saat aku lena dan bangun. Aku menanyakan kau bagaimana kepastianmu tentang aku yang kau pilih kerana aku mahukan komitmen. Dilewati masa, aku menjadi semakin tua dan sudah tidak cantik lagi. Suka? Suka boleh bertukar benci.. Suka adalah perasaan yang rapuh.”
“Tapi kenapa kau fikirkan semua ini sebegini rumit? Janganlah..”
“Aku mengharapkan lelaki yang mahu mengasihiku, tidak apa jika tidak suka atau mencintai tetapi kasihilah aku seadanya.. Kasih adalah kekal. Kerana bila dia mahu mengasihiku, pasti dalam hidupnya ada tempat untuk hidupku..kerana aku adalah isterinya. Itu adalah komitmen!”
“Jadi, apa keputusanmu?”
Aku tersenyum,”Kau tahu keputusanku itu..”

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.