Dua agama mengatakan Hawa tercipta dari tulang rusuk Adam (and of course dari tanah juga). Mengapa tulang rusuk?
Tulang rusuk punya tugas penting iaitu melindungi jantung. Jantung melambangkan hati jadi wajarlah setiap lelaki dan perempuan dapat menjaga hati pasangan masing-masing. Tetapi sekarang, kebanyakan orang punya tulang rusuk yang rapuh sehingga setiap ‘hati’ mudah sekali tercedera.
Tulang rusuk juga sangat fleksibel sebab ia juga bertindak melindungi organ dalaman yang lain. Sifat fleksibel itu seharusnya melambangkan keterbukaan setiap pasangan untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Tapi, orang sekarang semakin tamak.. Mahu yang baik saja tapi tidak fikir bahawa yang buruk itulah membuatkan kita belajar.
Mengapa Tuhan mengambil tulang rusuk kiri? Kerana kiri melambangkan penolong. Kepada mata-mata yang membaca, manakah yang lebih kuat, yang ditolong atau yang menolong? Kiri juga merupakan pelengkap kepada kanan. Walaupun tidak menjadi ketua, tapi perempuan menjadi pelengkap untuk menjadikan lelaki itu sempurna.
Akhir dari ini, aku berfikir... Tulang rusuk lelaki mana yang tertanam dalam tubuhku? Lord, I let You will be done in me...





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.