Setelah menamatkan pengajian, sy tertumpu sepenuh masa di rumah. Termasuk TV.. Pukul 6.30 pm, sy segera memastikan semua kerja2 di rumah siap. Lalu, menghadap TV. Tahan juga ya menghadap TV dari menghadap buku? Sinetron Cinta Kirana sy kira sangat popular masa kini. Setia menemani TV setiap episod (kan baik kalau kita juga setia menemani Bible dan membacanya? Mye.. Mye...), hingga terbawa2 dalam emosi. Kritikal betul sy saat ini.. (Ketawa..)
Habis tayangannya, 2 jam kemudian hp beep kerana didatangi text. “Sedihkan episod sejak akhir2 ni?” Sy menaip balas, “Iya, sampai sy pun emo ni. Aduh.. Teruknya!”.
“Kenapa ah dalam drama tu senang betul mereka putus tunang then tunang lagi?”.
“Dah skripnya begitu!” lalu sy ketawa.
“Tapi sekarang kenyataannya begitu.. Orang senang saja cerai2.. Terutama yang sebelah kita. Sekali saja cakap, sah sudah walaupun boleh kahwin lebih dari 1.”
Aduh, mau jawab apa ni? Salah cakap, menghakimi pula. Belum siap berfikir, hp beep lagi. BELUM SEMPAT SY MENJAWAB, DATANG LAGI TEXT DARI DIA.
“Selalu sudah parents sy mau kasi kena2 sama sumandak tapi sy jadi hot pulak. Sebab banyak kali sudah sy dapat yang menyakiti hati atau halangan2 hingga hubungan berakhir begitu saja. Kena suruh kahwin tapi sy rasa tiada lagi perkahwinan dalam hidup sy. Sy tidak yakin, Mye.. Macam tiada harapan sudah sy untuk ber’couple’ apalagi kahwin!”
Sy pantas menaip, “Sabar a, sy tengah fikir ni..” kerana takut dia menanyakan lagi. Roh kudus, mana Kau? Tolong sy ni.. Tuhan, jangan biarkan dia berfikir begitu! Then, sy mula menekan keypad..
“Sebenarnya, if kau baca dalam Bible, Tuhan sudah tunjukkan cara2 mau pilih pasangan hidup kita. Pertama, kau harus sedar setiap hidupan yang Dia cipta adalah berpasangan. Rujuk kitab Kejadian/Genesis. Bahkan ketika manusia zaman Nabi Nuh dihukum, Tuhan tetap menyelamatkan hidupan lain secara berpasangan. Binatang sepasang, Nuh dan isterinya, 3 orang anak perempuan dan 3 orang menantu lelaki. Kecuali orang yang dikaruniakan untuk membujang seumur hidup itupun kerana pelayanan seperti Rasul Paulus. Sy yakin kau tiada karunia itu, hahahahaha... Jangan marah a.. Kau perasan, walaupun fakta dunia mengatakan lelaki kurang berbanding wanita tapi tidak pernah ada isu wanita tidak dapat kahwin kerana lelaki kurang kan? Kau percaya Tuhan? Nah, imani dalam hati yang pasangan kau itu disediakan Tuhan. Cuma sabar dan berdoa supaya kau siap dan dia juga siap..”
“Iyakah Mye? Kenapa sy tidak yakin?”
“Kau perlu iman untuk yakin.. =) Kedua, pilih pasangan yang saling melengkapi. (1 Korintus 11:11-12) Tanpa lelaki tidak ada wanita dan tanpa wanita tidak ada lelaki. Kau suka perempuan bah kan? Maka kau harus sedar dalam kehidupan, kau perlu seorang wanita. Kerana wanita pelengkap kau, kau harus yakin yang dia akan menghormati, mengasihi dan setia. Dia akan jadi sebahagian dari kau, kau tentu tidak mau menyakiti hidup kau sendiri kan? Pasangan kau juga begitu kerana dia sedar bila dia menyakiti kau, dia juga akan sakit. Tidak semua wanita jahat apalagi kalau wanita itu kau minta dari Tuhan dan bukan ikut keinginan kau sendiri.”
“Apa maksud keinginan sendiri?”
“Kau pertimbangkan luaran wanita itu. Rupa, body atau harta dia.”
“Aiya, jangan bilang begitu bah.. Terasa sy o.. Ada lagi? Ketiga?”
“Sy tidak mau bagi lagi if kau berfikir sy berniat menyindir. Bible menegur dan mengajar bahkan menguatkan, bukan menyindir.. =(”
“Om yalah, yalah.. Ketiga?”
“Ketiga, dalam bible dia bilang hendaklah kamu merupakan pasangan yang seimbang. Ini yang penting. Kau harus berfikir waras tau! Seimbang maksud dia banyak. Seimbang rohani, pasangan kau itu biarlah yang percaya dan sungguh2 dalam Tuhan. Kau pun harus begitu! Kerana mana mungkin terang bersatu dengan gelap. Kau fahamkan terang dan gelap simbol apa? Then, seimbang fizikal. Biarlah pasangan kau itu juga sama2 dewasa dalam tubuh, mental dan emosi. Tak mungkin kau kahwin dengan budak kan? Jangan percaya istilah cinta itu buta kerana buta itu cinta maka kau boleh jatuh dalam kekecewaan, kesakitan bahkan penyesalan! (Imamat 19:19, 1 Korintus 6:14, Ulangan 22:10.)”
“Aduh Mye, sakit jantung sy ni..”
Dalam hati sy, ‘Iya, samalah kita sebenarnya. Tapi debaran sy kerana Roh Kudus.. Kenapa selancar ini? Aduh, lambat pick up betul hati dan fikiran sy kerana sudah panjang conversation ini baru sy sedar rohani sy sudah pergi jauh dengan Dia!’
“Keempat, peganglah ini. Apa yang disatukan Tuhan tidak mungkin dipisahkan manusia. If kau sudah kahwin, kau tidak boleh bercerai (Matius 19:16). Kerana saat kau kahwin, apalagi di gereja, kau bukan sahaja mengikat janji dan sumpah dengan pasangan kau secara fizikal, mental dan emosi tapi juga dengan Tuhan secara spiritual. If ada di saatnya perkahwinan kamu dicampuri orang lain sehingga kau mahu menceraikan dia kau fikir dulu mana lebih kau takut, Tuhan atau manusia? Tuhan tidak mungkin bersetuju dengan tindakan kau kerana itu dosa dan Tuhan tidak pernah dan tidak akan kompromi dengan dosa. Ada 1 hal sy ingat tentang penceraian iaitu zina. Tapi bukan masanya kita bincang tahap yang ini.”
“Ayo Mye, sy rasa mau pengsan sudah ni kau tau? Dari mana kau tau semua ni?” Aduh, mau jawab apa? Percayakah dia tentang Roh Kudus?
“Baca saja mesej sy, nanti Roh Kudus bagi kau pengertian. Kelima, sy pernah terbaca dalam Bible, akuilah Tuhan dalam segala hal dan Dia akan meluruskan jalanmu (Amsal 3:6). Kalau kau menyerahkan sepenuhnya dengan Tuhan, pasti Dia akan memberikan yang terbaik dalam hidup kau..”
Saat sy habis menghantar mesej yang terakhir, sy mula rasa mengantuk.. Tinggal beberapa mesej saja lagi dan berakhir dengan selamat malam. Terima kasih Tritunggal untuk malam ini..
Menaip situasi ini kembali untuk dipost dalam blog, sy cukup sedar betapa Tuhan sangat memberkati hubungan sy. Tapi tidak bermakna itu sudah cukup. Sy harus setia menyerahkan semuanya dalam Tuhan. Paling penting, jangan ikut emosi. Semua rujukan Bible sy cari di internet untuk kepastian tapi saat sy menaip mesej malam itu, sepertinya semua fakta dan huraian itu ada dalam fikiran sy kecuali rujukan.. Tuhan memberkati..





No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.