Selepas makan tengah hari tadi, aku meninggalkan baki 3 ketul daging ayam tapi dalam bentuk yang tak sama angkara gigiku. Aku mengiau memanggil kucingku di dapur (Yelah, walaupun ibu kucing ini punya nama tapi mana mungkin dipanggil guna nama?). Aku memberikan semua ketul daging itu kemudian berlalu ke ruang tamu.
Tidak berapa lama, aku ke dapur semula untuk mengambil cawan dan alangkah terkejutnya aku kerana 3 ketul daging ayam itu masih ada dan anehnya semua dalam bentuk atau saiz yang sama! Ya, kali ini angkara gigi ibu kucing itu! Dalam otakku,"Aik, kenapa wawau tidak habiskan? Sayangnya. Bagus dia bagi dengan... Oooh!!!!! Dia kan ada 3 ekor kittens?! Takkan?!" Aku mengambil 3 ketul daging itu dan mencari 3 ekor kittens di luar rumah dan memberi mereka makan.
Lalu aku teringat sebuah artikel, ’Tuhan memberi upah yang sama tanpa perbedaan’. Dalam Matius 20:1-16, semua pekerja dibayar dengan upah yang sama iaitu 1 dinar. Tuhan bertindak sangat adil. Oleh karena itu kita tidak boleh irihati, karena pada dasarnya Tuhan memperlakukan dan membayar kita semua sama rata iaitu dengan darahNya. Dan upah itu adalah kerajaan surga, hidup bahagia bersama Dia. Jangan lelah bekerja di ladangNya Tuhan kerana setiap pelayanan adalah kesempatan kita untuk bekerja bagi Dia dan menerima upah yang ditawarkan.. FGC, selamat bekerja diladangNya pada OA Mission tahun ini..




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.