Aku tersenyum,”Bila kita ditindas?”
“Yang isu dulu tu? Bakar sana sini!”
“Wah, sensitif ni..”
“Ya, tapi kan antara kita 2 saja?”
Lama aku diam... Roh Kudus, macamana ni? Tidak mahu jawab tapi peribadi yang menanyakan itu ialah peribadi yang ku kira seperti anak2 sekolah minggu yang mahu mengenal sungguh2 siapa Tuhan Yesus walaupun seumur denganku. Dia antara priority pelayananku sekarang. Mana mungkin tidak jawab?
Aku teringat Amsal 1 mengatakan ‘Permulaan hikmat ialah takut akan Tuhan.’ Ya, aku takut akan Dia, menyerahkan seluruh otakku kepada Tuhan untuk memperolehi hikmat. Tidak lama, beberapa ayat Firman Tuhan muncul di fikiranku lalu jari2 mula menekan keypad.
“Kasihilah TUHAN, Allahmu, dengan segenap hatimu dan dengan segenap jiwamu dan dengan segenap kekuatanmu sebagai hukum yang terutama kata Tuhan dalam Matius. Kasihilah seorang akan yang lain seperti dirimu sendiri. Dan dikatakan juga supaya berdamai dengan musuh sepanjang engkau bersama-sama dia di tengah jalan.”
Dia, “Jadi maksud kau apa ni?”
“Kasih.. aku percaya semua umat Kristian ada kasih. Kasih sangat beza dengan cinta atau sayang. Kasih, membolehkan kita menerima apapun keadaan yang melukakan kita. Sepertimana Tuhan Yesus dulu. Lagi teruk kan? Ko percaya kita serupa gambaran Tuhan? If iya, nah..kenapa mau balas kejahatan sama kejahatan?”
“Baru saya faham kenapa. Patutlah kenapa saya tidak semarah ‘mereka’ bila kejadian itu terjadi.”

Dalam hatiku,’Terima kasih kerana kasihMu, Kau mati di kayu salib untuk orang2 seperti kami ya Tuhan, sehingga tanpa kami sedari kami juga boleh mengasihi sesama kami...’




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.