Saya pernah membaca sebuah buku yang membangun iman saya. Chicken Soup for the Soul.. Seorang isteri yang sering mengatakan ‘Saya mengasihi Kau” kepada suaminya setiap kali suaminya keluar bekerja. Masa berlalu dan suaminya dipanggil Tuhan. Setelah suaminya dikebumi, esok harinya, dia merasa kehilangan kerana tidak ada lagi peribadi yang menerima ucapannya itu.. Dia menangis.. Di hatinya terlalu kosong.. Dia berdoa kepada Tuhan agar dia masih boleh meneruskan ucapannya selagi dia masih hidup. Esok harinya lagi, dia bangun dan keluar ke halaman rumah. Pemandangan hari itu sangat indah dan luar biasa. Matahari pagi yang bersinar, bunga2 mekar dihinggapi rama2 dan bunyi burung berkicau merdu membuatkan ada damai di hatinya. Iya, damai yang dia inginkan saat itu kerana mana mungkin dia mahukan sukacita atas pemergian suaminya? Lalu, dengan air mata yang mengiringi, bibirnya menuturkan kata2, ”Tuhan, Aku Mengasihi Kau..”
Memang Tuhan kita itu sangat luar biasa.. Apa yang tak pernah dilihat dan tak pernah didengar, yang tak pernah timbul dalam hati kita, semua telah disediakanNya bagi kita.
Wedding vows, respect it. The soul that to have and to hold from this day forward, for better or for worse, for richer, for poorer, in sickness and in health, to love and to cherish; from this day forward until death do them part.




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.