CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 10, 2010

KUCING YANG MENYENTUH HATIKU

Petang itu, aku terdengar bunyi tudung saji jatuh. Terfikir,’Oh tentu kucing jantan tu datang lagi! Nanti kau!’ dan berlari ke dapur. Tepat sekali fikiran itu. Ku sergah kucing tu hingga larinya tak betul. Hahahaha, padan muka! Saat aku menoleh, aku terlihat 3 ekor anak kucingku yang masih kecil dan baru mula memakan daging mengerumuni sesuatu. Ibu kucing pula sedang tidur atas ‘karpet’nya. ‘Apa itu?’ fikirku lagi. Betapa terkejutnya aku melihat yang dikerumuni itu adalah seketul sayap ayam! Dari mana? Setahu aku tidak ada daging ayam dalam peti sejuk dan bapa mama pun tidak membelinya hari ini. Takkan? Terasa sebak di hatiku.. Iya, kucing jantan itu yang datang membawa seketul sayap itu untuk anak2 kucingku. Kucing jantan itu tentu saja mencurinya dari rumah-rumah kejiranan kerana kucing apa tahu guna matawang dan punya supermarket kucing sendiri???? Aku keluar ke halaman mengintai kalau2 kucing jantan itu ada lagi tapi ternyata dia cukup trauma sebentar tadi.
Cuba kita lihat sisi positif dari kucing jantan ini. Tidak banyak kucing jantan mahu bertanggungjawab terhadap anaknya. Dan kucing jantan ini memberikan hasil makanannya tanpa memikirkan yang mungkin itu sahaja makanannya untuk hari itu. Terakhir, apa yang diberikan cukup lumayan untuk anak2 kucingku itu! Kalau benar kucing jantan ini bapa kepada anak2 kucingku, betapa dia sangat baik hati dan penyayang. Begitu juga bapa kita di dunia. Bahkan terlebih Bapa kita di syurga pasti memberikan yang lebih baik terhadap anak2Nya!
Lukas 11:11-13
“Bapa manakah di antara kamu, jika anaknya minta ikan dari padanya, akan memberikan ular kepada anaknya itu ganti ikan? Atau, jika ia minta telur, akan memberikan kepadanya kalajengking? Jadi jika kamu yang jahat tahu memberi pemberian yang baik kepada anak-anakmu, apalagi Bapamu yang di sorga! Ia akan memberikan Roh Kudus kepada mereka yang meminta kepada-Nya."

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.